Semua orang mengenali Joker sebagai musuh sejati Batman dan seorang penjahat psikopat dan sadistik yang harus digeruni. Namun, dia mengalami perubahan yang sangat-sangat besar dalam siri komik terkini di mana pembaca mendapat tahu bahawa Joker sedang mengandung! Terbukti berita ini cukup mengejutkan sehingga dunia komik DC pun turut terkejut sekali.
Kisah pelik ini berlaku di dalam The Joker: The Man Who Stopped Laughing #4 yang menampilkan jalan cerita “tidak-canon” bertajuk “Knocked Upside Down!” oleh penulis Matthew Rosenberg, artis Francesco Francavilla dan penulis ayat Tom Napolitano. Jadi sedia maklum, kejadian ini tidak berlaku di dunia utama DC, dan berasal daripada realiti alternatif.
Berikut adalah rumusan apa yang berlaku:

Di permulaan bab, pembaca dapat melihat Joker dan gengnya cuba mencuri air dari Sungai Gotham. Nasib baik, Zatanna muncul untuk menghentikan mereka semua. Selepas dikalahkan, Joker dibiarkan gantung dalam keadaan terbalik oleh kuat sihir Zatanna. Penjahat lain mungkin sudah mengaku kalah, tetapi Joker masih berniat untuk mengacau heroin itu.

Di sini, dia membuat komen bahawa mereka boleh menjadi “pasangan yang hebat” bersama-sama. Mula rasa diganggu oleh komennya, Zatanna menjatuhkan Joker ke dalam timbunan lumpur. Tetapi penjahat itu tidak berhenti mengusik dan meneruskan cerita-cerita merepek seperti impian untuk”membina keluarga yang indah”, dan memikirkan “rupa anak-anak mereka pada masa akan datang”.
Dalam keadaan marah, Zatanna menolak mukanya ke dalam lumpur dan membaca sihir sambil berkata: “Tiada sesiapa yang boleh mempunyai bayi anda!”


Keesokan hari, Joker bangun dan entah bagaimana, mendapati dirinya sedang mengandung bayi ajaib yang ditanam oleh Zatanna. Kebetulan pula, Doctor Phosphorus (salah satu musuh Batman) adalah seorang pakar obstetrik dan cuba membantu Joker melahirkan bayinya.
Berbeza sedikit berbanding proses melahirkan anak yang normal, Joker sebaliknya memuntahkan longgokan lumpur yang membesar dengan cepat. Secara beransur-ansur, lumpur itu mula berubah menjadi versi Joker yang lebih kecil.

Bab itu berakhir di mana Joker membawa anaknya kepada Zatanna dan memberitahu bahawa mereka kini mempunyai seorang anak lelaki dan boleh membina keluarga yang bahagia bersama-sama.
Apa pendapat korang tentang kisah di atas? Agak gila kan? Sebelum ini, kami pernah menulis tentang “Lima perkara paling zalim pernah dibuat oleh Joker – yang korang boleh baca di SINI!
Untuk membaca segala liputan kami tentang Joker, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post