Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

M3GAN Review – Robot AI Sebagai Teman Bermain, Penuh Ketawa dan Darah [SPOILER]

Maira by Maira
January 10, 2023
in Artikel, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
M3GAN Review – Robot AI Sebagai Teman Bermain, Penuh Ketawa dan Darah [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, sebuah filem seram terbaru telah dilepaskan. Filem tersebut nampaknya telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada penonton malah mendapat rating yang tinggi di laman seperti Rotten Tomatoes. Filem yang kami maksudkan ialah M3GAN, sebuah filem seram terbaru oleh James Wan bersama Blumhouse dan diarahkan oleh Gerard Johnstone. Ulasan yang diberikan oleh penonton juga boleh tahan. Kami juga tidak mahu melepaskan untuk memberikan ulasan tersendiri mengenai filem ini. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca.

Plot

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER FILEM M3GAN!!!

Filem M3GAN membawa kita melihat sebuah android AI yang dicipta untuk menjadi teman kepada Cady, seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja kehilangan kedua ibu bapanya. Dia kini tinggal bersama Gemma, ibu saudaranya yang merupakan seorang pencipta robot di sebuah syarikat permainan. Gemma yang agak kekok dengan anak saudaranya itu telah menetapkan supaya M3GAN menemani Cady serta melindunginya.

M3GAN

Nak dijadikan cerita, Gemma tidak tahu bagaimana untuk menjaga Cady dengan segala tekanan daripada tempat kerja. Jadi dia memberikan tanggungjawab tersebut kepada M3GAN, membuatkan Cady susah untuk berpisah dengan robot tersebut. M3GAN yang telah “link” dengan Cady melakukan segalanya untuk melindungi kanak-kanak itu walaupun dengan membunuh.

Plotnya sangat senang untuk difahami dan mudah untuk diramalkan termasuklah jumpscare. Sudah tentu ada beberapa “plot hole” yang tidak dijelaskan. Walaupun begitu, ia masih lagi sebuah filem yang seronok untuk ditonton. Agak menarik juga melihat teknologi AI yang ditunjukkan dalam filem ini. Dengan dunia sekarang giat membangunkan perisian AI, plotnya agak relevan kepada penonton.

M3GAN

Melihat kebolehan AI yang mampu mempelajari segala benda tanpa sebarang sekatan, memang boleh menjadi satu mimpi ngeri. Patutlah ramai yang takut jika robot menguasai dunia pada masa hadapan.

Walaupun dipasarkan sebagai sebuah filem seram, M3GAN juga padat dengan jenaka. Lebih-lebih lagi dengan kata-kata yang dilontarkan oleh M3GAN. Jadi, kami pasti anda akan seronok menontonnya.

M3GAN

Persembahan

Kedua-dua pelakon utama, Allison Williams (Gemma) dan Violet McGraw (Cady) membawa watak mereka dengan baik. Lebih-lebih lagi semasa klimaks filem. Melihat kedua-dua watak bekerjasama untuk menyelamatkan diri, ia sememangnya agak gempak.

M3GAN

Tidak dilupakan dengan pelakon untuk robot AI kita, M3GAN. Pergerakan Amie Donald memang serupa seperti robot dan tidak kelihatan seperti manusia langsung. Digabungkan pula dengan lakonan suara oleh Jenna Davis, suara robot M3GAN mampu membuatkan anda merasai aura emosi daripada robot tersebut.

Kesimpulan

Sejujurnya, kami tidak mempunyai harapan yang tinggi sangat semasa masuk ke panggung. Ingatkan ia akan menjadi satu filem seram yang hambar. Ternyata tanggapan kami silap kerana M3GAN dipersembahkan dengan baik. Walaupun plot ceritanya boleh diagak, tetapi ia masih memberikan sesuatu yang seronok kepada kami. Ada juga benda yang tidak kami duga ditunjukkan. Penceritaannya juga sangat relevan dengan kehidupan masa kini. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kenalah tonton M3GAN di pawagam berdekatan anda sekarang!

Tags: filemM3GAN
Previous Post

My Hero Academia – Cikgu & Hero terkenal, Midnight telah tewas!

Next Post

Review Once Again – Game Indie daripada Malaysia yang menyentuh perasaan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad
Trading Card Game

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad

July 30, 2026
RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel
Berita

RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel

July 30, 2026
Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC
Berita

Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC

July 30, 2026
Next Post
Review Once Again – Game Indie daripada Malaysia yang menyentuh perasaan!

Review Once Again - Game Indie daripada Malaysia yang menyentuh perasaan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd