Acer hari ini mengumumkan laptop gaming baharu, Nitro 16 dan Nitro 17, serta Swift Go 14 yang dikuasakan pemproses AMD Ryzen™ 7000. Memanfaatkan Zen 4 di dalam pemproses yang direka khas untuk prestasi tinggi dan keberkesanan, pemain dan pekerja mudah alih akan menerima prestasi yang tangkas untuk tahap produktiviti yang diingini, selain kecekapan tenaga.
Acer Nitro 16

Notebook gaming 16 inci Nitro 16 (AN16-41) menampilkan paparan WUXGA atau WQXGA yang sudah ditambah baik, dengan refresh rate 165 Hz dan kawasan skrin 5% lebih besar berbanding model terdahulu. Dengan GPU laptop NVIDIA® GeForce RTX™ 40 Series, ia juga menyokong NVIDIA Advanced Optimus yang membolehkan pemain menukar antara grafik ‘integrated’ dan grafik ‘discrete’.
Pengguna boleh menikmati pengalaman tontonan penuh-warna dan imersif dengan sokongan gamut warna 100% sRGB dan nisbah 84% screen-to-body. Pada masa yang sama, ia mengintegrasikan pad sentuh bersaiz 125.0 mm x 76.7 mm dan papan kekunci berlampu RGB 4-zon.
Acer Nitro 17

Nitro 17 (AN17-41) menampilkan pemproses AMD Ryzen 7000 Series dan GPU NVIDIA GeForce RTX 40 Series dalam rekaannya yang nipis namun kukuh. Paparan 17.3 inci itu didatangkan dalam bentuk FHD dengan ‘refresh rate’ 144 hz atau 165 Hz, disokong oleh nisbah 81% screen-to-body untuk visual yang mengagumkan. Ruangan gaming yang besar dilengkapkan dengan pad sentuhan besar (125.0 mm x 81.6 mm) dan papan kekunci berlampu 4-zon RGB.
Kedua-dua peranti Acer Nitro ini didatangkan dengan memori DDR5 4800 MHz bersaiz sehingga 32GB dan storan M.2 PCIe Gen 4 sehingga 2 TB supaya pemain dan content creator boleh melakukan lebih banyak perkara sekaligus. Ini juga disepadukan dengan perisian NitroSense dan kunci NitroSense, supaya pengguna boleh memantau suhu sistem mereka dan mengurus tetapan prestasi peranti dengan mudah.

Pemain boleh menikmati pengalaman mengasyikkan dalam gaming dan semasa menstrim video dengan kamera HD, dua mikrofon dan dua pembesar suara dengan DTS:X® Ultra untuk audio yang jelas. Notebook gaming dikuasakan AMD itu juga menyediakan pilihan sambungan dengan port HDMI 2.1, pembaca kad mikroSD, USB 2.0, USB 4, port paparan Jenis C USB3.2 Gen 2 yang menyokong ‘Power Delivery’ dan dua USB 3.2 Gen 2 port, dengan satu port membolehkan pengecasan secara ‘offline’.
Setiap model dilengkapi dengan Intel® Killer™ LAN E2600G dan boleh diserasikan dengan Intel Killer Wi-Fi 6E untuk lebar jalur yang lebih besar dan sambungan yang lebih pantas sama ada berwayar atau tanpa wayar. Kedua-dua laptop diberikan Xbox Game Pass atau PC Game Pass secara sebulan, sekali gus menyediakan akses kepada ratusan permainan PC berkualiti tinggi.
Acer Swift Go 14

Acer Swift Go 14 (SFG14-42) baharu menyerlahkan reka bentuk yang ringan, dengan bahagian tepi dan garisan struktur yang jelas, sesuai dengan penampilan bergaya barisan produk Swift. Ia mempunyai casis aluminium 14.9 mm dengan nisbah 90% screen-to-body dan bezel sisi ultra nipis, berukuran hanya 4.15 mm, manakala beratnya kurang daripada 1.3 kg.
Ia menggabungkan pemproses AMD Ryzen 7000 Series terkini dan paparan OLED nisbah 16:10 yang menakjubkan dengan frame rate 90 Hz, memberikan produktiviti semasa ‘on-the-go’.

Paparan halus dan cerah Swift Go 14 disokong oleh kecerahan 500-nit, julat warna 100% DCI-P3 dan penarafan VESA DisplayHDR True Black 500. Ia mempunyai paparan 2.8K OLED 14 inci dengan resolusi 2880×1800, penarafan TÜV Rheinldan Eyesafe®, papan kekunci berlampu dan dilengkapkan dengan pad sentuh OceanGlass™ memberikan rasa seakan gelas.
Ia menawarkan prestasi tinggi dan bateri sepanjang hari sehingga 9.5 jam kepada pengguna. Bagi menyokong perkakas yang berkuasa itu, sistem penyejukan TwinAir dual-kipas Acer, paip haba kuprum D6 dan papan kekunci dengan inlet udara membantu mengekalkan suhu sejuk, sekali gus memastikan pengguna kekal produktif untuk tempoh lebih lama.

Meskipun dengan reka bentuk ultra-nipis, Swift Go 14 menawarkan pilihan penuh port termasuklah USB Type-C, HDMI 2.1, dan pembaca kad MicroSD. Ia menyokong SSD PCIe Gen 4 sehingga 2TB dan memori LPDDR5 sehingga 32GB untuk semua keperluan storan.
Webcam 1440p dengan Acer’s Pengurangan Bunyi Temporal (TNR), dipadankan dengan teknologi Acer PurifiedView™ dan PurifiedVoice™ beserta pengurangan ‘noise’ AI serta Wi-Fi 6E, mampu mengekalkan laptop terhubung untuk pengalaman penstriman dan panggilan video yang lebih baik.
Acer tidak mengumumkan bila produk-produk di atas akan dilancarkan di Malaysia, tetapi maklumat baru pasti akan tiba dalam masa terdekat.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Acer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post