Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih 2000 Sokongan, Peminat Minta Remake Anime Chainsaw Man Melalui Petisyen Online!

Maira by Maira
December 30, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Lebih 2000 Sokongan, Peminat Minta Remake Anime Chainsaw Man Melalui Petisyen Online!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan lagi, siri anime Chainsaw Man menjadi siri yang ramai peminat manga nantikan. Sudah tentu ia juga mendapat perhatian daripada penonton yang tidak pernah membaca manga tersebut. Selepas siri anime itu hampir tamat, boleh pula muncul satu petisyen yang meminta remake untuk anime Chainsaw Man. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Setiap minggu, anda pasti melihat keterujaan peminat terhadap episod baru Chainsaw Man. Tetapi ada juga yang tidak puas hati dengan persembahan anime itu sehingga membuka petisyen di platform popular, Change.org. Bertajuk “Tolong hasilkan remake anime ‘Chainsaw Man’ dengan pengarah baru,” petisyen tersebut kini mempunyai lebih daripada 2000 sokongan setakat ini.

Kobeni car, pemilik petisyen tersebut menyatakan beberapa sebab mengapa anime itu perlukan remake. Antaranya ialah pengarah Ryuu Nakayama mempunyai interpretasi yang berbeza dengan manga asal.

Selain itu, dia juga menyentuh tentang kualiti animasi siri tersebut. Katanya adegan pertarungan dan jenaka tidak memberikan impak yang sama kerana animasinya sangat bergantung kepada realism dan penggunaan strok lukisan yang berlebihan. Siap berikan cadangan bahawa studio TRIGGER lebih sesuai mengadaptasi siri Chainsaw Man.

Watak utama siri, Denji juga tidak terlepas daripada dikritik. Jika dibandingkan dengan manga, cara Denji digambarkan kelihatan suram dan kegilaannya juga seperti dikurangkan. Pelakon suaranya, Toya Kikunosuke juga dikatakan tidak popular kerana ramai yang menyangka pelakon suara seperti Nobuhiko Okamoto yang akan membawa Denji.

Walaupun petisyen seperti ini wujud, ramai peminat yang tidak setuju kerana rasa bahawa adaptasi MAPPA ini sudah cukup bagus. Ia boleh diperbaiki tetapi tidak perlukan remake. Kalau anda biasa dengan format DVD/Blu Ray anime, selalunya ia mempunyai versi animasi yang lebih sempurna, di mana kesalahan daripada versi tayangan biasa akan dibaiki.

Tatsuki Fujimoto sendiri telah terlibat dengan pasukan produksi untuk adaptasi Chainsaw Man. Sudah tentu MAPPA akan meminta pandangan daripada pencipta siri itu. Dia juga memuji bahawa adaptasi itu mempunyai animasi, muzik dan video yang bagus.

Macam-macam ragam betul komuniti anime ini. Apa pula pendapat anda mengenainya? Boleh kongsikannya kepada kami di ruangan komen. Anda boleh menonton siri ini melalui platform rasmi seperti Ani-One Asia dan Amazon Prime! Ia juga akan tersedia di platform lain pada masa akan datang. Manganya juga tersedia secara percuma di MangaPlus untuk dibaca.

Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chainsaw ManChange.orgMAPPA
Previous Post

[Unboxing] Raikan tahun baru dengan Kingston 2023 Rabbit Year Media Kit!

Next Post

Alice in Borderland Season 2 pecah rekod tontonan terbanyak – #1 di Netflix!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Alice in Borderland Season 2 pecah rekod tontonan terbanyak – #1 di Netflix!

Alice in Borderland Season 2 pecah rekod tontonan terbanyak - #1 di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd