Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece akhirnya dedah watak terkuat dalam siri, Luffy kalahkan Lucci! [SPOILER]

Alan Fikri by Alan Fikri
December 27, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece akhirnya dedah watak terkuat dalam siri, Luffy kalahkan Lucci! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece 1069 sekali lagi telah mempertemukan semula saingan terkuat Monkey D. Luffy, iaitu Rob Lucci. Tetapi seperti yang kita dapat lihat pada bab sebelum ini, kapten Straw Hat itu sepertinya bermain-main dengan ejen CP0 tersebut. Disebabkan itu, Sentomaru telah diserang oleh Rob Lucci. Dr. Vagepunk juga telah menceritakan rahsia disebalik Devil Fruit di mana kuasa luar biasa buah tersebut adalah manifestasi daripada impian seseorang.

Dan dalam bab kali ini, kita dapat lihat sambungan pertempuran di antara Luffy dan Lucci dan keadaan Sentomaru selepas diserang oleh ejen CP0 tersebut. Selain itu, Dr. Vegapunk telah mendedahkan lagi maklumat tentang Devil Fruit dan watak terkuat dalam siri ini.

One Piece, Ch. 1,070: As Luffy rampages, Dr. Vegapunk reveals the details of his terrifying inventions! Read it FREE from the official source! https://t.co/X7lc6bPAan pic.twitter.com/IayoSQnNub

— Shonen Jump (@shonenjump) December 25, 2022
AMARAN! ADA SPOILER MANGA ONE PIECE!!

Bab 1070 dimulakan dengan sambungan daripada bab lepas di mana Rob Lucci telah menyerang Sentomaru. Mengikut Sentomaru, dia telah menghalang serangan tersebut tetapi disebabkan Lucci terlalu kuat, serangan itu berjaya menembusi halangan itu menyebabkan Sentomaru cedera parah.

Lucci bersedia untuk menyerang sekali lagi tetapi berjaya dihalang oleh Luffy. Dia menggunakan serangan terbarunya yang dipanggil Gomu Gomu no Dawn Whip dan mencampaknya ke banggunan berdekatan.

Kita juga dapat lihat para Seraphim S-Hawk,S-Shark, S-Bear dan S-Snake beraksi berlawan dengan ejen-ejen CP0. Kekuatan mereka membuatkan Kaku dan Stussy terkejut kerana mereka masih lagi kecil. Tidak boleh bayangkan kalau mereka membesar, kekuatan mereka mungkin boleh setanding Navy Admiral.

Franky perasan S Shark menggunakan kebolehan Devil Fruit Senor Pink dan bertanya kepada Vegapunk jika pengguna asal buah tersebut telah mati kerana tidak mungkin untuk buah kedua wujud dalam masa yang sama. Walau bagaimanapun, Dr. Vegapunk mengesahkan bahawa Senor Pink masih hidup dan berada di Impel Down.

Saintis genius ini kemudian mendedahkan bahawa dia telah berjaya menduplikasi kebolehan Devil Fruit Senor Pink. Dia juga menjelaskan bahawa hanya Devil Fruit Zoan boleh dicipta semula dan tidak pasti jika artificial Devil Fruit mempunyai kuasa untuk “awakening”.

Dr. Vegapunk menjelaskan lagi bahawa jenis Logia pula masih terlalu sukar untuk dihasilkan semua dan jenis Paramecia tidak boleh direplikasi tetapi kuasa mereka boleh dimasukkan kepada orang lain melalui faktor keturunan pengguna asal. Dr. Vegapunk menggunakan penemuan itu untuk mencipta darah jenis baru yang berwarna hijau, yang memberi kebolehan Devil Fruit kepada Seraphim.

Saintis ini kemudian berbangga dengan ciptaannya dan berkata bahawa Seraphim adalah eselon tertinggi sains dan manusia terkuat. Tidak terkejut kerana melihat rupa visual mereka, Seraphim kelihatan seperti puak Lunarian kerana kulitnya yang gelap dan mempunyai sayap serta api di belakangnya. Ketika itulah krew Straw hat menyedari mengapa World Goverment telah membubarkan sistem Seven Warlord.

Adegan berubah kepada Lucci yang kembali selepas dicampak oleh Luffy. Dia fokus kepada Sentomaru yang sedang baring akibat kecedaraan tetapi di halang oleh Luffy. Luffy kemudiannya sekali lagi menggunakan serangan terbarunya iaitu Gomu Gomu no Dawn Rocket, menumbuk tepat ke badan Lucci membuatkan dia pengsan seketika.

Mereka mengambil kesempatan tersebut untuk larikan diri dan berkumpul semula dengan Vegapunk di Punk Records. Dengan bantuan S-Snake, mereka berjaya kembali ke makmal Vegapunk dan bersedia sedia untuk tinggalkan pulau Egghead.

Di muka surat terakhir bab ini, kita dapat lihat CP0 akhirnya telah mendapat kuasa untuk mengarah Seraphim tetapi terpaksa menunggu arahan seterusnya daripada pihak Navy. Selain itu, Admiral Kizaru yang sebelum ini dalam perjalanan ke pulau Egghead kelihatan sedang bercakap dengan seseorang. Dia mengarahkan untuk menghantar kesemua kapal perang yang ada untuk menghalang Luffy dan krewnya keluar daripada pulau tersebut.

Akhirnya kita dapat lihat betapa kuatnya Luffy dalam Gear 5, sampaikan Awakened Lucci tidak mampu menandinginya. Jadi, apa yang akan terjadi dengan kumpulan Straw Hat di bab akan datang? Kita kena tunggu dan lihat sendiri apa yang akan terjadi pada bab yang akan datang.

Apakah pendapat anda dengan One Piece 1070 ini, adakah Gear 5 Luffy mampu mengalahkan Seraphim yang dikatakan oleh Dr. Vegapunk sebagai manusia terkuat dalam One Piece? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber: Shueisha

Tags: animemangaone pieceSeraphimSpoiler
Previous Post

Bleach: TYBW – Kisah sebenar ibu bapa Ichigo + ‘True Form’ Zangetsu, rumusan Finale Part 1!

Next Post

Puss in Boots: The Last Wish Review — Dalam Misi Mencari Nyawa Tambahan

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Puss in Boots: The Last Wish Review — Dalam Misi Mencari Nyawa Tambahan

Puss in Boots: The Last Wish Review -- Dalam Misi Mencari Nyawa Tambahan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd