Walaupun Avatar: The Way of Water kini adalah filem #1 di negara Barat, nampaknya ia tidak cukup hebat untuk mengalahkan satu filem anime yang kini sedang mengungguli carta. Khususnya, filem anime ‘The First Slam Dunk‘ adalah raja box-office semasa di Jepun di mana keuntungan tiket membuktikan popularitinya sebagai salah satu anime sukan paling popular dalam sejarah.
Dibuka di Jepun pada 3 Disember, ‘The First Slam Dunk’ telah memperoleh jumlah sebanyak 5,067,029,010 bilion yen (kira-kira RM168 juta) setakat ini dan menjual 3,407,275 juta tiket dalam tempoh 23 hari pertama. Bukan itu sahaja, ia juga mendahului carta sebagai filem #1 buat 4 minggu berturut-turut di Jepun.

Bagi aspek produksi, pencipta Takehiko Inoue sendiri mengarahkan filem itu di Toei Animation dan menulis skripnya. Untuk meneruskan trend 3D oleh Super Hero, Toei memutuskan untuk menghasilkan filem ini dalam gaya yang sama di mana Daiki Nakazawa mengarahkan bahagian CG, manakala Yuta Ogura menghasilkan CG.
Berikut adalah trailer rasmi untuk The First Slam Dunk:
Manga Slam Dunk mula diterbitkan pada tahun 1990 oleh Takehiko Inoue dan berlangsung hingga tahun 1996. Manga itu kemudian diadaptasi kepada siri anime oleh Toei Animation dan disiarkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia begitu popular sehingga menjadi siri manga ke-7 paling laris dalam sejarah.
Memandangkan sudah lama peminat tidak nampak gelagat protagonis Hanamichi Sakuragi, patutlah filem anime Slam Dunk begitu popular di Jepun sehingga berjaya kalahkan Avatar 2.

Sinopsis:
Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan populariti, lalu menjadi ketua kepada sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati Haruko tidak takut kepada Sakuragi.
Haruko kemudian memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya, Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan bola keranjang. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang “loser” ( kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang).
Walaupun tidak matang dan amat panas baran, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atilt berpotensi dalam sukan berkenaan (kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede – musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP bola keranjang, dan Miyagi Ryota, pemain pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama dengan kapten pasukan Shohoku, Akagi Takenori, berusaha untuk menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.
Untuk segala liputan kami tentang Slam Dunk, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post