Setelah tersedia lama di konsol PlayStation, Nintendo Switch dan Epic Games Store, game Sifu akhirnya akan menemui pemain lain pada tahun Mac 2023 nanti! Sifu bakal dikeluarkan di Xbox Series, Xbox One dan Steam. Bukan setakat itu sahaja, ia juga akan didatangkan tambahan mode iaitu βArenasβ mode.
Mode tersebut akan menambah 9 peta baru dengan masing-masing mempunyai cabaran eksklusif baru. Dengan menyelesaikan arena ini, terdapat modifier baru yang akan tersedia. Sudah tentu ia membawa gerakan Kung Fu baru untuk watak utama. Selain itu, anda juga boleh membuka cheat baru dan pakaian eksklusif baru.
Dibangunkan oleh Sloclap, Sifu akan memberikan anda pengalaman bermain dengan menggunakan seni mempertahankan diri. Anda bermain sebagai anak muda yang berlatih Kung-Fu yang ingin membalas dendam terhadap pembunuh yang telah membunuh seluruh keluarganya.

Game ini mempunyai mekanik unik di mana anda akan menjadi bertambah tua. Apabila anda melakukan kesilapan, anda boleh gunakan nyawa anda untuk mulakan permainan semula. Jika anda terlalu tua juga, anda akan restart semula permainan.
Anda boleh memilih untuk bermain sebagai watak lelaki atau perempuan dalam game ini. Gunakan sepenuhnya kebolehan Kung Fu anda bersama-sama skill unik dalam menguasai teknik Pak Mei Kung Fu.

Buat sementara waktu ini, tarikh rasmi pelancaran tidak diumumkan. Jadi kita tunggu sahaja berita lanjut daripada Sloclap. Untuk mendapatkan liputan lanjut mengenai game ini, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post