Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games didenda $520 juta! Fortnite langgar undang-undang privasi kanak-kanak & mikrotransaksi bahaya

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, Industri, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Epic Games didenda $520 juta! Fortnite langgar undang-undang privasi kanak-kanak & mikrotransaksi bahaya
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat hari ini mengumumkan bahawa Epic Games mesti membayar denda $520 juta atas tuduhan dua penalti berkaitan dengan undang-undang privasi kanak-kanak dan amalan mikrotransaksi berbahaya di dalam game Fortnite.

Selepas denda dikeluarkan, Epic Games bersetuju untuk membayar penalti $275 juta untuk pelanggaran undang-undang privasi kanak-kanak dan penalti $245 juta kerana menggalakkan pembelian ‘in-game’ yang tidak diingini.

Samuel Levine, pengarah Biro Perlindungan Pengguna FTC, berkata:

“Epic meletakkan risiko pada kanak-kanak dan remaja melalui amalan privasinya yang longgar, dan menyebabkan pengguna hiang berjuta-juta duit melalui penggunaan pemasaran gelap.”

Syarikat dikehendaki menukar tetapan lalainya, mengembalikan duit berjuta-juta kepada pengguna dan membayar penalti untuk penyalahgunaan privasi.”

Epic Games turut mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan perubahan yang dibuat untuk menangani isu di atas di mana ciri akaun kanak-kanak untuk Epic Games Launcher telah dilaksanakan pada awal bulan ini dan mereka mengubah mekanik “hold to buy” untuk membuat pembelian Fortnite daripada hanya tekan satu butang sahaja.

Pada masa yang sama, Epic juga memanjangkan tempoh untuk membatalkan pembelian kosmetik kepada 24 jam supaya dapat mengurangkan pembelian yang tidak disengajakan. Sebuah pengesahan juga akan muncul apabila pemain memakai kosmetik yang baru dibeli sebagai amaran terakhir untuk membatalkan bayaran balik.

You too can be a hero.

Squad up with Izuku Midoriya, Katsuki Bakugo, Ochaco Uraraka, and All Might in the Shop now! pic.twitter.com/utSVvQZ2eZ

— Fortnite (@FortniteGame) December 17, 2022

Bagi privasi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, ruang sembang untuk mereka kini ditetapkan kepada “Nobody”, info profil akan disembunyikan dan mereka hanya boleh lakukan “invite only” untuk bermain.

Seperti yang kita semua tahu, Epic Games paling terkenal dengan game battle royale percuma, Fortnite, yang telah menjana keuntungan berbilion-bilion hasil daripada mikrotransaksi. Sebagai game percuma, majoriti besar pemain adalah kanak-kanak, jadi amalan miktrotransaksi dan undang-undang privasi telah menjadi subjek yang sangat berkontroversi.

Tetapi apa pendapat korang pula? Adakah Fortnite betul-betul selamat untuk kanak-kanak? Jom bincangkan di ruang komen.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Fortnite, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Epic GamesFortniteMikrotransaksi
Previous Post

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Akan Tersedia 19 Januari 2023! Pre-order Sekarang!

Next Post

Microsoft ingin perkenalkan Tier Game Pass yang lebih murah, ada iklan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Microsoft ingin perkenalkan Tier Game Pass yang lebih murah, ada iklan!

Microsoft ingin perkenalkan Tier Game Pass yang lebih murah, ada iklan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd