Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Mashle: Magic and Muscles akan tiba April 2023! Muscle kalahkan Magic!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Mashle: Magic and Muscles akan tiba April 2023! Muscle kalahkan Magic!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada acara Jump Festa ’23 kelmarin, mereka telah mengumumkan bahawa anime Mashle: Magic and Muscles oleh A-1 Pictures akan tiba pada April 2023. Bersama pengumuman itu, mereka turut mendedahkan video trailer baharu untuk adaptasi anime yang korang boleh tonton di bawah:

Pada masa yang sama, mereka turut mengeluarkan poster visual baru untuk mempromosikan anime:

Antara pelakon suara yang disahkan termasuk:

  • Chiaki Kobayashi sebagai Mash Burnedead
  • Reiji Kawashima sebagai Finn Ames
  • Kaito Ishikawa sebagai Lance Crown
  • Takuya Eguchi sebagai Dot Barrett
  • Reina Ueda sebagai Lemon Irvine
  • Hiroaki Hirata sebagai Narrator

Mashle: Magic and Muscles ialah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukiskan oleh Hajime Kmoto dan mula disirikan dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha sejak Januari 2020, di mana bab-babnya dikumpulkan dalam 14 jilid tankobon setakat Disember 2022. Bagi mereka yang berminat untuk baca, aplikasi dan laman web rasmi MANGA Plus turut mengeluarkan bab-bab secara percuma dalam bahasa Inggeris.

Sinopsis:

Berlatarkan dunia ajaib di mana posisi seorang individu dalam masyarakat ditentukan oleh kuasa dan kemahiran mereka menggunakan ‘magic’, Mash Burnedead ialah seorang lelaki muda tanpa sedikit pun kuasa magic dalam badannya. Duduk jauh di dalam hutan, dia menghabiskan masanya berlatih dan bersenam sambil menikmati kehidupan yang aman bersama bapa angkatnya, Regro.

Tetapi suatu hari, nyawa mereka tiba di dalam ancaman!

Untuk mendapat semula kehidupan yang aman bersama Regro, Mash perlu menjadi seorang Divine Visionary, gelaran yang hanya diberikan kepada pelajar luar biasa dari Easton Magic Academy. Walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa magic, Mash tetap pergi ke akademi, bertekad untuk terus hidup dan menunjukkan kepada dunia bahawa ‘muscle’ boleh mengalahkan ‘magic’.

Untuk membaca segala liputan kami tentang anime termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.

Tags: animeMashle: Magic and Muscles
Previous Post

Tiket Fan Screening Tensura: Scarlet Bond kini tersedia di TGV! Dapatkan sekarang!

Next Post

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Akan Tersedia 19 Januari 2023! Pre-order Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Akan Tersedia 19 Januari 2023! Pre-order Sekarang!

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Akan Tersedia 19 Januari 2023! Pre-order Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd