Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MAPPA akan uruskan anime Hell’s Paradise: Jigokuraku, akan keluar April 2023 di Netflix!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
MAPPA akan uruskan anime Hell’s Paradise: Jigokuraku, akan keluar April 2023 di Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio animasi gergasi MAPPA rasmi akan menguruskan adaptasi anime Hell’s Paradise: Jigokuraku karya Yūji Kaku yang bakal dikeluarkan pada April 2023 di Netflix! Diumumkan di acara Jump Festa ’23, mereka turut mendedahkan video promosi, tujuh pelakon utama, dan visual utama bagi anime ini.

Berikut adalah trailer:

Anime akan membintangi: (kiri ke kanan mengikut imej di bawah)

  • Chiaki Kobayashi sebagai Gabimaru
  • Yumiri Hanamori sebagai Yamada Asaemon Sagiri
  • Ryohei Kimura sebagai Aza Chōbei
  • Kensho Ono sebagai Yamada Asaemon Tōma
  • Rie Takahashi sebagai Yuzuriha
  • Tetsu Inada sebagai Tamiya Gantetsusai
  • Aoi Ichikawa sebagai Yamada Asaemon Fuchi

Hell’s Paradise: Jigokuraku ialah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukiskan oleh Yuji Kaku. Manga ini mula disirikan setiap minggu secara percuma pada aplikasi dan laman web Shonen Jump+ dari 22 Januari 2018 hingga 25 Januari 2021. Bab-bab tersebut dikumpulkan dan diterbitkan ke dalam 13 jilid tankōbon oleh Shueisha.

Sinopsis:

Ditangkap semasa misi pembunuhan, Gabimaru the Hollow dijatuhi hukuman bunuh, tetapi tiada apa-apa yang dapat membunuhnya kerana tubuhnya yang seolah-olah kebal.

Dengan kepercayaan bahawa cintanya terhadap isteri adalah sebab dia masih hidup, seorang pelebaya bernama Yamada Asaemon Sagiri menawarkannya peluang untuk diampuni semua jenayah oleh Shogun jika Gabimaru berjaya menemui ramuan “hidup keabadian” di Shinsenkyo, sebuah alam legenda.

Selepas kehilangan lima pasukan ekspedisi yang dihantar ke pulau itu, kali ini Shogun menghantar sekumpulan banduan hukuman mati. Setiap banduan ditemani oleh seorang pelebaya daripada keluarga Yamada Asaemon, dan mesti pulang bersama untuk diampunkan jenayah mereka.

Untuk membaca segala liputan kami tentang anime termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.

Tags: animeHell's Paradise: JigokurakuMAPPA
Previous Post

Dr Stone: New World dedah trailer pertama untuk Season 3, akan tiba April 2023!

Next Post

Anime Blue Exorcist Season 3 diumumkan – penantian selama 5 tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime Blue Exorcist Season 3 diumumkan – penantian selama 5 tahun!

Anime Blue Exorcist Season 3 diumumkan - penantian selama 5 tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd