Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man 2 rasmi akan keluar Musim Luruh 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Marvel’s Spider-Man 2 rasmi akan keluar Musim Luruh 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat Marvel kerana hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games mengumumkan bahawa Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 sekitar musim luruh 2023. Tarikh tepat tidak diberikan tetapi sekurang-kurangnya kita tahu secara kasar bila game ini akan keluar.

Maklumat ini datang daripada PlayStation Blog, yang mengesahkan tarikh keluaran Marvel’s Spider-Man 2; tetapi beberapa hari sebelum, penulis Jamie Mayer yang bekerja di Spider-Man 2 dan Wolverine untuk Insomniac Games, nampaknya turut mengesahkan tarikh keluaran di laman web peribadi tanpa izin. Blognya sudah diubahsuai tetapi nampaknya maklumat itu ternyata betul.

PlayStation Blog tulis:

“Berikutan peristiwa Marvel’s Spider-Man dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, duo Peter Parker dan Miles Morales kembali dalam bab aksi blockbuster siri Marvel’s Spider-Man.

Masih banyak yang perlu didedahkan tentang game ini, dan dengan mengambil kira kualiti dua judul yang lalu, kami pasti akan berada dalam pengembaraan serba baharu original Spider-Man yang hebat.”

Pada masa yang sama, pengarah kreatif Insomniac Games Bryan Intihar juga meninggalkan mesej:

“Cukup setahun di PlayStation Studios; untuk Insomniac Games, kami memang amat kagum dengan hasil kerja rakan-rakan. Tahniah kepada semua orang untuk tahun 2022 yang berjaya… dan harap tahun depan pun sama menarik ketika kami cuba menyediakan Marvel’s Spider-Man 2 untuk dikeluarkan pada musim luruh akan datang.”

Berdasarkan apa yang kita lihat, kemungkinan besar game ini akan menampilkan sistem dual-protagonis sama seperti Ratchet & Clank: Rift Apart di mana kita akan saling bertukar antara Peter Parker dan Miles Morales manakala Venom adalah salah seorang daripada penjahat yang pemain bakal bertemu. Tidak banyak info didedahkan, tapi harap-harap pembangunan Spider-Man 2 kekal lancar.

Marvel’s Spider-Man 2 dijangka akan keluar pada musim luruh 2023 di PS5 sahaja. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Spider-Man, sila tekan pautan ini.

Tags: Marvel's Spider-Man 2ps5SonySpider-Man
Previous Post

Epic Games Store Holiday Sale kini bermula, potongan harga sehingga 75%!

Next Post

Tiket Fan Screening Acara SAO Full Dive Kini Tersedia di GSC Cinemas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Tiket Fan Screening Acara SAO Full Dive Kini Tersedia di GSC Cinemas!

Tiket Fan Screening Acara SAO Full Dive Kini Tersedia di GSC Cinemas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd