[UPDATE]
Filem Scream 6 nampaknya tiada tayangan di Malaysia. Sehingga sekarang tiada maklumat lanjut mengenainya.
[Petikan artikel asal]
United International Pictures Malaysia secara rasminya mengumumkan filem sekuel “horror slasher” Scream 6 akan ditayangkan di Malaysia pada 9 Mac 2023. Bersama pengumuman itu, mereka turut mengeluarkan teaser trailer pertama yang korang boleh tonton di bawah:
Trailer bermula dengan tajuk Scream 6 (yang memberi penghormatan kepada Scream 4) dan mendedahkan bahawa filem kali ini akan berlangsung di New York City pada malam Halloween. Adik beradik, Samantha dan Tara Carpenter memasuki kereta api dan mendapati semua orang memakai kostum seram berdasarkan filem popular untuk meraikan Halloween. Tetapi secara tiba-tiba, mereka kini diburu oleh “Ghostface”.
Berikut adalah sinopsis:
“Berikutan pembunuhan bersiri Ghostface, empat mangsa yang terselamat berjaya meninggalkan Woodsboro dan memulakan kehidupan baharu di mana adik beradik Samantha dan Tara Carpenter dan kembar Chad dan Mindy Meeks, telah meninggalkan Woodsboro untuk memulakan babak baharu di New York City. Malangnya, mereka sekali lagi diganggu oleh siri pembunuhan yang dilakukan oleh Ghostface baru.
Scream 6 diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett, ditulis oleh James Vanderbilt dan Guy Busick, manakala penulis dan pencipta francais asal Kevin Williamson kembali sebagai penerbit eksekutif.
Senarai pelakon:
- Courteney Cox sebagai Gale Weathers – mangsa yang terselamat daripada pembunuhan bersiri Ghostface
- Melissa Barrera sebagai Sam Carpenter, anak tidak sah kepada Billy Loomis
- Jenna Ortega sebagai Tara Carpenter, kakak tiri Sam
- Hayden Panettiere sebagai Kirby Reed, mangsa yang terselamat daripada pembunuhan bersiri Ghostface
- Jasmin Savoy Brown sebagai Mindy Meeks-Martin, anak buah kepada Randy dan kembar kepada Chad
- Mason Gooding sebagai Chad Meeks-Martin, anak buah Randy dan kembar Mindy
- Roger L. Jackson sebagai suara Ghostface
Sekali lagi saya ulang, Scream 6 akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Mac 2023. Untuk segala liputan kami tentang berita filem terkini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post