Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SPOILER] One Piece – Luffy VS Lucci, asal-usul Devil Fruit!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 13, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
[SPOILER] One Piece – Luffy VS Lucci, asal-usul Devil Fruit!

Sumber: Twitter @Greiish / @YAAAAASH_

Share on FacebookShare on Twitter

One Piece kini semakin menjadi hangat dengan penampilan Cipher Pol 0 dan perjumpaan semula Luffy dan Lucci. Kemunculan CP0 di Pulau Egghead adalah bertujuan untuk menangkap Dr. Vegapunk kerana pengetahuannya telah merisaukan World Government. Namun, misi mereka tidak akan berjalan dengan lancar kerana Dr. Vegapunk telah mendapat bantuan Luffy dan krewnya.

Dan pada bab kali ini, kita akhirnya dapat melihat pertembungan di antara Luffy dan Lucci selepas pertemuan terakhir mereka pada tahun 2006 ketika di Enies Lobby. Situasi di Pulau Egghead semakin panas dan kita dapat beberapa info tentang Devil Fruit daripada Dr. Vegapunk.

One Piece, Ch. 1,069: Luffy tangles with an old foe looking for a rematch! Read it FREE from the official source! https://t.co/gV5n5UkGHR pic.twitter.com/FDzDAMX3lE

— Shonen Jump (@shonenjump) December 11, 2022
AMARAN! ADA SPOILER MANGA ONE PIECE!!

Bab 1069 dimulakan dengan sambungan daripada bab lepas di mana Luffy terserempak dengan Lucci ketika ingin kembali Punk Records untuk membawa keluar Dr. Vegapunk daripada pulau itu. Selepas melihat CP0 sedang membuat kecoh, Chopper dan Jinbei akhirnya percaya tentang kata-kata Vagepunk.

Sementara Luffy dengan selamba bertanya pada lelaki harimau bintang atau Pigeon Guy, kenapa dia berada di pulau tersebut. Jawapan Lucci dengan berkata pulau itu adalah hak World Government membuatkan dia sedar bahawa dia yang sepatutnya tidak berada di sana.

Ahli CP0 yang lain juga menyedari kehadiran Luffy lalu menasihati Lucci agar tidak melakukan sebarang tindakan tanpa arahan orang atasan mereka. Ini adalah maklumat baru tentang One Piece, di mana ahli CP0 tidak boleh mengusik lanun yang berstatus Yonkou tanpa kebenaran kerana ia mampu mengakibatkan peperangan di antara dua pihak.

Adegan berubah ke Navy HQ, Fleet Admiral Akainu telah mendapat berita tentang lokasi Straw Hat krew. Dia juga menyedari jika Dr. Vegapunk sudah tahu tentang misi CP0 sebelum membuat keputusan untuk menyertai Luffy. Dengan Dr. Vegapunk menyertai krew lanun, World Government pasti akan hilang salah satu sumber utama kuasa mereka.

Akainu menganggap tindakan Straw Hat sebagai pengisytiharan perang dan mengeluarkan arahan agar Lucci tidak melakukan apa-apa dan tunggu sehingga Navy tiba bersama Admiral Kizaru.

Kembali ke Pulau Egghead, Luffy dan Lucci telapun mula berlawan. Kita akhirnya dapat melihat bentuk Awakened Zoan Lucci, bentuk harimau bintangnya kelihatan lebih kecil daripada bentuk biasa dan mempunyai asap hitam di sekeliling leher dan bahu seperti Gear 5 Luffy.

Dr. Vegapunk akhirnya tiba di makmal di mana satelitnya berada. Dia memberitahu kepada mereka bahawa pahlawan berpakaian putih telah muncul dan bertanya kepada Straw Hat tentang transformasi Luffy. Mereka berkata ianya adalah salah satu kuasa Gomu Gomu no Mi Luffy yang biasa tetapi telah dinafikan oleh si genius itu.

Dr. Vegapunk memberitahu bahawa tiada rekod Devil Fruit Gomu Gomu no Mi di dalam buku dan menyatakan penampilan Luffy seakan-akan seperti Sun God Nika. Rakan-rakan Luffy tidak percaya tentang hal tersebut dan Vegapunk menerangkan bahawa nama tersebut telah dibuang daripada sejarah dunia.

Akhirnya, dia mendedahkan kebenaran tentang Devil Fruit kepada krew Straw Hat bahawa buah-buah tersebut adalah manifestasi harapan manusia. Ia adalah kemungkinan evolusi yang diinginkan oleh manusia, setiap satu mewakili satu cabang masa depan manusia. Ini bermaksud setiap pemakan Devil Fruit akan mewakili masa depan yang mungkin untuk manusia dan kuasa buah tersebut adalah daripada keinginan yang dibuat oleh manusia.

Dan ketika itu, Sentomaru tiba bersama Seraphim Shark, Snake dan Hawk. Dia telah mengarahkan S-Bear untuk menyerang CP0 memandangkan dia mempunyai hak yang lebih tinggi berbanding agen CP0. Di bab ini, Stussy telah mendedahkan hierarki hak kuasa terhadap Pacifista dan kita dapat lihat Five Elder mempunyai hak yang lebih tinggi berbanding penciptanya. Namun, arahan daripada Transponder Snail tidak dapat dilakukan.

Di muka surat terakhir, ketika Sentomaru sedang sibuk berbual dengan Luffy, dia telah diserang oleh Lucci untuk memutuskan kawalannya terhadap Seraphim tersebut. Kini, CP0 telah mendapat hak untuk mengawal robot berkuasa tersebut.

Akhirnya kita dapat lihat pertembungan di antara Luffy dan Lucci setelah sekian lama walaupun lanun itu kelihatan seperti sedang bermain dan juga maklumat tentang Devil Fruit walaupun ianya sekadar teori daripada Dr. Vegapunk. Kita mungkin akan mendapat info lebih lanjut pada bab yang akan datang.

Apakah pendapat anda dengan One Piece 1069 ini, adakah Luffy akan menjadi lebih serius kerana Sentomaru diserang? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber: Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaone pieceSpoiler
Previous Post

Bleach: Siapakah Retsu Unohana? Bio “Kenpachi pertama” dan kuasa Bankai!

Next Post

Preview Oath of Peak (Closed Beta) – Tambahan terbaru ke MMORPG ala anime!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Preview Oath of Peak (Closed Beta) – Tambahan terbaru ke MMORPG ala anime!

Preview Oath of Peak (Closed Beta) – Tambahan terbaru ke MMORPG ala anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd