Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolab Fortnite X MrBeast bakal tersedia 14 Disember ini, pemain berpeluang menang $1 Juta!

safwan by safwan
December 13, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Epic Store, Kolaborasi, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kolab Fortnite X MrBeast bakal tersedia 14 Disember ini, pemain berpeluang menang $1 Juta!
Share on FacebookShare on Twitter

Youtuber terkenal MrBeast bakal tiba di Fortnite bermula 14 Disember 2022 dengan memperkenalkan dua acara baharu iaitu MrBeast’s Extreme Survival Quest & Challenge di mana pemain akan berpeluang membawa pulang sejumlah wang yang bernilai $1 juta!

MrBeast’s Extreme Survival Challenge

Nope, it’s not clickbait! This is REALLY happening.@MrBeast in Fortnite.

Find out more: https://t.co/QHQINfU3st pic.twitter.com/Ivnw6X6WR9

— Fortnite (@FortniteGame) December 12, 2022

Acara ini akan berlangsung bermula 18 Disember 2022 pada jam 1 pagi sehingga 4 pagi waktu Malaysia. Walau bagaimanapun, pulau untuk acara ini akan dibuka pada 13 Disember jam 10 malam ini. Jadi kalau anda berminat untuk mencuba terlebih dahulu, silakan.

Dalam acara ini, anda akan bermain untuk mengelak daripada bahaya, kutip syiling dan selamat daripada segala cabaran yang sukar untuk memperolehi “SKOR” sebelum masa tamat. Sepanjang 3 jam acara ini dibuka, anda boleh bermain sebanyak yang mungkin untuk memperoleh “SKOR” paling banyak diantara semua pemain.

Fortnite MrBeast

Pemain yang memperolehi “SKOR” paling banyak akan memperolehi $1 juta (anggaran RM 4.43 Juta). Manakala pemain lain yang berada di kedudukan Top 100,000 akan menerima satu glider khas yang dipanggil Beast Brella Umbrella.

Untuk pergi ke pulau ini, anda boleh cari di Discovery atau gunakan kod 7990-6907-8565.

MrBeast’s Extreme Survival Quests

Dengan pulau ini dibuka pada 13 Disember 2022, mereka menyertakan beberapa Quest untuk anda selesaikan dan dapatkan ganjaran seperti MrBeast Gaming Spray dan MrBeast Survival Games Loading Screen. Namun, quest ini akan berlangsung sehingga 4 Januari 2023.

MrBeast Outfit

Seperti biasa Fortnite sudah pasti akan membawa skin dan beberapa aksesori lain untuk pemain. Bermula 14 Disember 2022, skin MrBeast dan MrBeast6000 akan tersedia di Item Shop.

Fortnite MrBeast
  • MrBeast
    • MrBeast Smasher Pickaxe
    • Beast Backdrop Wrap
Fortnite MrBeast
  • MrBeast6000
    • Prize Package Back Bling
    • Beast Claw Pickaxe
    • Wrapped and Revved Glider
  • Beast Blastin’ Emote

Saya ingin mengingatkan anda bahawa acara MrBeast’s Extreme Survival Quest akan diadakan bermula 13 Disember 2022 manakala MrBeast’s Extreme Survival Challenge akan bermula pada 18 Disember 2022. Jom ramai-ramai sertai cabaran yang disediakan oleh Fortnite X MrBeast dan bawa pulang wang yang berjumlah $1 Juta!

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: FortniteFortnite x MrBeastMrBeast
Previous Post

Demon Slayer Season 3 Akan Tayang Pada April 2023! Trailer Baru Telah Didedahkan!

Next Post

Ejen Ali menang Best 3D Animated Programme di Asian TV Award 2022!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Ejen Ali menang Best 3D Animated Programme di Asian TV Award 2022!

Ejen Ali menang Best 3D Animated Programme di Asian TV Award 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd