
Dibangunkan oleh NetEase – Revelation: Infinite Journey merupakan permainan mudah alih MMORPG terkini yang diadaptasi dan diubah suai berdasarkan harta intelek global terkenal – Revelation Online. Revelation Online menempa pencapaian yang luar biasa di negara paling ramai penduduk dunia, China. Ia mendaki carta muat turun di negara tersebut dan mampu berdiri hampir seiring dengan permainan gergasi Genshin Impact dan Moonlight Blade Mobile sejurus selepas dilancarkan.
Setelah 5 tahun dibangunkan dengan pelaburan yang mencecah hampir 70 juta dolar AS, Revelation: Infinite Journey akhirnya berjaya disiapkan dan sedia untuk dimainkan pemain di rantau Asia Tenggara. Sewaktu tarikh pelancaran rasminya dijangka bermula pada 2 Mac 2023, VNG GAMES – penerbit permainan ini mengumumkan Ujian Beta Tertutup (CBT) akan dilakukan pada 22 – 29 Disember bagi mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin timbul. Pemain tempatan diminta untuk melakukan pra-pendaftaran di https://revelation.vnggames.com/en/closed-beta dan rebut peluang untuk mengalami permainan ini di IOS, Google Play, TapTap dan Windows (desktop) lebih awal sewaktu fasa CBT. Ujian tersebut hanya terbuka kepada bilangan pemain yang terhad dan peserta terpilih akan menerima jemputan melalui e-mel lantas menjadi yang pertama di Malaysia dan Singapura untuk mengalami permainan itu.
Sebelum fasa CBT dimulakan, sekumpulan pemain tegar dari seluruh rantau Asia Tenggara telah dijemput untuk menguji permainan tersebut. Dan penilaian mereka? 9 daripada 10 bintang. Pemain profesional tersebut menguji setiap aspek daripada grafik, pengalaman permainan sehinggalah ke daya saing sewaktu ujian tertutup tempatan dilakukan. Ternyata tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa mereka amat menyukainya. Menerusi penilaian yang cukup hebat daripada komuniti serantau, permainan ini ternyata bakal mencetus perhatian yang tersendiri nanti.
Dengan menjadi antara yang pertama untuk menikmati permainan ini di Singapura dan Malaysia, pemain akan diminta untuk berkongsi pengalaman mereka dengan komuniti permainan. Selain itu, pemain yang mengambil bahagian dalam CBT juga akan menikmati pelbagai faedah dalam permainan yang disediakan secara eksklusif oleh pembangun khasnya untuk penguji. Faedah yang disediakan adalah:
[wpdatatable id=141]Ganjaran dalam permainan ini akan dihantar kepada penguji menerusi e-mel bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman yang lebih baik sewaktu bermain Revelation: Infinite Journey. Persoalannya sekarang adalah, “Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan impian terhebat anda?”
Mengikuti kejayaan Revelation Online, Revelation: Infinite Journey meneruskan langkah hebat dengan membawa pemain ke dunia fantasi 3D yang sarat pengembaraan dan imaginasi di mana mereka boleh meneroka pelbagai perjalanan misteri, daripada persekitaran alam bebas sehinggalah ke lautan dalam yang dibangunkan oleh alat penciptaan 3D masa nyata yang paling canggih – Unreal Engine. Bukan itu sahaja, dengan menggunakan kecerdasan buatan terbaik, Revelation: Infinite Journey membolehkan pemain untuk menyesuaikan avatar mereka dengan personaliti unik dan ciri wajah. Pemain kini boleh memperibadikan karakter mereka dengan ciri acuan muka 3D terkini. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita melihat tahap perincian dari asas bentuk dan kulit tetapi ya, Revelation: Infinite Journey mampu untuk melakukannya!
Revelation: Infinite Journey diterbitkan secara eksklusif oleh VNG GAMES di rantau Asia Tenggara. Permainan ini tersedia untuk pra-pendaftaran sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai Revelation: Infinite Journey, layari laman web rasmi dan halaman sosial:
Pra-pendaftaran: https://revelation.vnggames.com/en/closed-beta
Laman Web Rasmi: https://revelation.vnggames.com/
Halaman Facebook: https://www.facebook.com/RevelationSGMY
Kumpulan Facebook: https://www.facebook.com/groups/revelationSGMY
Ciri Utama Lain Revelation: Infinite Journey

Revelation: Infinite Journey telah berjaya mentakrifkan “neo-MMORPG” disamping mengekalkan konsep permainan watak (RPG) sebagai terasnya. Pemain boleh memilih dan menentukan laluan dan takdir sendiri dalam permainan yang memenuhi harapan dan impian mereka.

Jika pemandangan menjadi daya tarikan sang pengembara, maka santapan untuk pemain di sini adalah dunia fantasi luas yang dipenuhi dengan langit dan lautan yang nyata. Pembangun di sebalik Revelation: Infinite Journey memberikan lebih perhatian bagi memastikan pemain terlibat sepenuhnya dalam dunia fantasi luar biasa yang dibina hanya menggunakan enjin grafik terbaik.

Dalam dunia tanpa sempadan yang kita diami ini, perpaduan tidak seharusnya menjadi topik asing bagi manusia. Pemain dari pelbagai negeri, negara dan juga benua boleh bertemu melalui platform permainan dan membina persahabatan yang bermakna dan berkekalan. Permainan tak bererti tanpa kawan-kawan, bukan?

Melawan Bos sentiasa menjadi keutamaan dalam mana-mana permainan baharu. Oleh itu, semua profesion dibuat dengan teliti dibawah Sistem Pekerjaan Sosial dan pemain dipastikan untuk bermain dalam ekosistem yang pelbagai di mana setiap permainan akan kelihatan berbeza.

Bosan mendengar dialog yang sama oleh watak bukan pemain (NPC)? Dalam Revelation: Infinite Journey, pembangun meneliti penciptaan NPC yang menyerupai orang sebenar. Dialog kini lebih hidup dan realistik!
Mengenai VNG GAMES
Sebagai salah satu daripada empat unit perniagaan utama VNG Corporation sejak 2004, VNG GAMES telah mengimport dan mengedarkan permainan harta intelek hebat di Vietnam dan negara-negara Asia Tenggara termasuk: siri The Swordsman Online; Perfect World Mobile, King of Fighters, One Punch Man dan sebagainya, serta pelbagai permainan e-Sukan terkenal seperti PUBG Mobile, League of Legends: Wildrift, Valorant, dan lain-lain. VNG GAMES telah diiktiraf oleh pakar dan pemain kerana kebolehpercayaannya sebagai salah satu penerbit permainan yang mempunyai penerbitan dan perkhidmatan pelanggan dalam rantau Asia Tenggara.
@gamersantaimy
Discussion about this post