Dalam zaman era siri permainan Worms tahun 2000-an, ada satu lagi permainan yang menjadi kegilaan orang ramai iaitu Gunbound! Gunbound pertama kali hadir di platform PC pada tahun 2002 di Korea dan 2003 Global, kini dengan satu pengumuman terbaru dari pemaju permainan Softnyx pada Pameran Permainan PlayX4 di Gyeonggi-do Korea, Gunbound versi terbaru nampaknya akan hadir SEA (Southeast Asia) dan diberi nama sebagai ‘New GunBound‘.
Kat sini adalah serba sedikit mengenai perkembangan terbaru New GunBound dan Softnyx;
• New GunBound dibangunkan oleh pasukan asal di Softnyx dan satu studio di Korea yang dikenali sebagai Rocket Punch Games.
• New GunBound dibangunkan sebagai sekuel rasmi kepada Gunbound yang asal.
• Elektronics Extreme akan menerbitkan New GunBound di 10 negara Asia Tenggara, termasuk Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Filipina.
• Permainan ini boleh dimainkan pada kedua-dua peranti PC dan mudah alih (berbilang platform) serta menyokong cross-platform (Yang membolehkan kedua peranti ini dimainkan dalam server yang sama). Softnyx juga mempertimbangkan sokongan untuk emulator PC.
• Ciri baru mod “real-time” untuk pengguna mudah alih merupakan elemen “strategi masa nyata”.
• Mod berasaskan mod permainan lama yang klasik masih boleh didapati.
• Softnyx bekerja keras untuk mengoptimumkan algoritma ‘matchmaking’ agar tidak banyak jurang antara pemain pro sedia ada dan pengguna baru.
• Selain PVP, Softnyx telah menambah ciri PVE untuk New GunBound seperti Mod Petualangan dan Mod Boss. Pemain boleh mendapatkan mata dan ganjaran pengalaman melalui pelbagai pencarian. Ciri-ciri komuniti seperti persatuan dan perkahwinan juga dalam pembangunan.
• Akan ada lebih banyak ciri kosmetik di New GunBound untuk pemain termasuk pakaian dan kulit.
• Softnyx mendakwa bahawa tutorialnya bergerak dengan lancar dan pengguna baru boleh masuk ke dalam permainan selepas 5 minit.
• New GunBound dijadualkan akan dilancarkan di Asia Tenggara pada suku ketiga ini, iaitu antara bulan Julai hingga September.
• Masih belum ada gameplay New GunBound lagi untuk masa ini.
Apapun kita tunggu kehadirannya dalam masa terdekat! Korang boleh layari laman web rasmi mereka disini: http://gunbound.softnyx.net/
@gamersantaimy
Discussion about this post