Didedahkan semasa acara The Game Awards 2022, Skydance Interactive telah melepaskan trailer terbaru untuk game VR aksi RPG, Behemoth. Trailer tersebut menampilkan combat game Behemoth yang brutal serta gameplay di mana pemain menakluk dunia. Game ini akan dilancarkan pada Meta Quest 2, PSVR2 dan PCVR.
“Daripada Archangel kepada The Walking Dead: Saints & Sinners, kami telah banyak belajar selama bertahun-tahun tentang cabaran unik dan kekuatan VR.” kata Todd Adamson, Pengarah Kreatif, Skydance Interactive. “Behemoth ialah kemuncak kerja sedekad, dan direka untuk pemain yang mahukan pengalaman yang mendalam dan menyeluruh yang disesuaikan secara khusus dengan medium. Kami berharap pemain juga teruja seperti kami untuk pelancaran Behemoth tahun depan..”

Dalam Behemoth, pemain akan meneroka empayar terbiar yang dilanda wabak, di mana penduduknya menjadi gila dengan bandar-bandar yang telah runtuh. Dengan kehebatan VR, badan dan minda pemain akan diuji semasa mereka menentang gergasi raksasa yang dipanggil Behemoth.

Kekuatan biasa sahaja tidak mencukupi untuk mengalahkan mereka. Jadi anda perlu menggunakan pelbagai senjata untuk mengalahkan makhluk gergasi itu dan musuh lain yang terdapat dalam dunia kejam ini, dalam usaha untuk mendapatkan penawar wabak yang melanda.

Ciri-ciri penting Behemoth
- Pertempuran Taktikal Kejam – Pemain dikehendaki berfikir sebelum menyerang kerana AI manusia telah ditingkatkan untuk pertempuran jarak dekat, di mana kelemahan perisai dan teknik semuanya penting. Kekuatan adalah kunci tetapi penjimatan tenaga perlu diambil kira kerana segala-galanya berharga dalam dunia kejam ini.
- Fizik VR yang mantap – Lintas landskap menggunakan tangan anda dan cangkuk atau gunakannya untuk merobek dunia di sekeliling anda. Bergelut dengan musuh untuk mendapatkan kelebihan taktikal atau gunakan landskap sekeliling untuk menghapuskan musuh secara senyap-senyap.
- Dunia Baharu – Dunia yang benar-benar baharu, kejam, namun menakjubkan untuk diterokai dan terus hidup. Pemain akan kraf, bertarung, bertahan di dunia Behemoth.

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk maklumat lanjut game. Untuk mendapatkan segala liputan tentang The Game Awards 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post