Hari ini, Warner Bros. Games dan Rocksteady Studios telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk Suicide Squad: Kill the Justice League yang bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 26 Mei 2023. Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan Batman, yang dilakonkan oleh mendiang Kevin Conroy.
Sedikit recap bagi korang yang tidak ingat:
Suicide Squad: Kill the Justice League ialah game action–adventure shooter yang boleh dimainkan secara solo atau dengan sehingga empat pemain secara online co-op. Menampilkan naratif original dalam dunia DC, game ini berlangsung di dunia open-world Metropolis yang sangat terperinci.
Kisah ini mengikuti empat penjahat – Harley Quinn, Deadshot, Captain Boomerang, dan King Shark yang mesti mengambil misi mustahil untuk menyelamatkan Bumi dan membunuh superhero DC terhebat di dunia, The Justice League.

Diugut dengan bahan letupan maut yang ditanam di kepala mereka, keempat-empat penjahat DC tersebut tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama dan melaksanakan tugasan dahsyat ini sebagai sebahagian daripada Task Force X di bawah arahan Amanda Waller.
Setiap ahli skuad mempunyai kebolehan unik mereka sendiri dengan kebolehan traversal bebas untuk meneroka dunia Metropolis yang dinamik, bersama-sama dengan pelbagai senjata untuk diubah suai dan skil untuk dikuasai.

Seperti saya kata tadi di atas, Batman juga membuat kemunculan di trailer atas dan dilakonkan oleh Kevin Conroy – pelakon yang menyuarakan Batman selama bertahun-tahun dalam animasi dan game. Namun duka cita, beliau telah meninggal dunia beberapa minggu lalu. Nasib baik lah kita dapat melihat karya terakhir Conroy sebagai Batman di Suicide Squad: Kill the Justice League.
Untuk membaca segala liputan kami tentang The Game Awards 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post