Geek Events dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka akan menjemput Moonchild untuk mengambil bahagian dalam Mobile Legends Geek Championship 2019 (MGC) 2019 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Mei ini. MGC ini adalah kejohanan Mobile Legends: Bang Bang yang ditaja dan disokong oleh Moonton, iaitu pemaju permainan tersebut. Kejohanan ini bermula pada bulan April lepas dengan 512 pasukan memasuki kelayakan dalam talian dan membawa pulang jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM50,000.
Geek Events yakin bahawa bakat e-sukan di Malaysia mempunyai nilai untuk disokong dan dilaburkan di mana ia berusaha dalam memberikan peluang berharga kepada bakat-bakat terbaik untuk menonjolkan kebolehan mereka. Oleh itu, Geek Events telah memutuskan untuk menjemput dan menaja pasukan Mobile Legends, Moonchild untuk mengambil bahagian dalam final MGC 2019, di mana mereka percaya bakat dalam pemain muda ini terserlah.
Bagi mereka yang tidak mengenali Moonchild, mereka adalah pasukan berbakat yang terdiri daripada kalangan pelajar dan berasal dari Sabah. Mereka pernah mewakili Sabah dalam pemilihan Sukan SEA Malaysia baru-baru ini yang mengumpulkan kesemua pasukan Mobile Legends yang terbaik di Malaysia. Walaupun menjadi underdog dalam kejohanan itu, mereka berjaya mendapatkan kemenangan 2-0 ke atas Xpax X-Assins, iaitu pasukan profesional yang bertanding di Liga Pro Mobile Legends.
Disebabkan ahli-ahli pasukan Moonchild ini semuanya masih lagi pelajar yang biasanya tidak mempunyai kewangan dan pengangkutan untuk menghadiri pertandingan, Geek Events akan kendalikan dan menanggung perjalanan Moonchild serta pengaturan penginapan supaya mereka boleh pergi ke KL untuk menghadiri kejohanan tanpa perlu bimbang faktor-faktor yang menghalang mereka. Geek Events juga percaya bahawa mana-mana atlet e-sukan yang menunjukkan minat dan berpotensi berhak mempunyai peluang untuk berjuang tanpa mengira lokasi atau latar belakang mereka, dan mereka juga dengan senang hati akan menyokong peningkatan bakat baru dalam industri e-sukan Malaysia yang semakin pesat berkembang.
Tahniah diucapkan kepada Moonchild!
@gamersantaimy
Discussion about this post