Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stok PS5 semakin meningkat di Asia pada 2023, bak kata CEO SIE!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 5, 2022
in Artikel, Berita, Produk, PS5
0 0
0
Stok PS5 semakin meningkat di Asia pada 2023, bak kata CEO SIE!
Share on FacebookShare on Twitter

Semenjak keluaran pertama produk ini pada November 2020, sudah berjuta-juta unit telah berjaya dijual oleh Sony. Namun, masalah kekurangan stok tetap muncul membuatkan para pengguna berasa geram. Hal ini kerana kekurangan rantaian bekalan yang mengehadkan keluaran PS5, kini, terdapat khabar berita bahawa di Asia pada tahun hadapan akan mendapat peningkatan stok untuk produk ini.

Jim Ryan, CEO Sony Interactive Entertainment telah menyatakan semasa PlayStation Partner Awards 2022, bahawa lebih banyak konsol PS5 akan dihantar ke Asia dan Jepun mulai tahun 2023 nanti. Disebabkan isu kekurangan cip, pembuatan PS5 menjadi perlahan dan menyebabkan kekurangan stok dikeluarkan. Dia berterima kasih kepada orang ramai yang memahami dan memohon maaf atas masalah tersebut.

“Kami ingin memaklumkan kepada semua orang bahawa kami telah menyelesaikan isu bekalan jangka panjang PlayStation 5 dan akan dapat menghantar kepada pelanggan di Jepun dan Asia bermula pada musim beli-belah akhir tahun ini hingga 2023. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku… Walau bagaimanapun, saya amat berterima kasih atas pemahaman dan kerjasama semua orang.”

Ketika PS5 dikeluarkan, dunia ketika itu sedang berada di fasa pandemik secara global. Perkara ini sahaja sudah mampu mengganggu rantaian bekalan dan pada masa yang sama juga terdapat kekurangan semikonduktor di seluruh dunia. Semikonduktor merupakan barangan penting dalam penciptaan elektronik, daripada kereta hingga ke konsol. Tanpanya, Sony tidak dapat menghasilkan PS5 yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna.

Jim Ryan tidak menyatakan bagaimana Sony menyelesaikan masalah kekurangan semikonduktor tersebut, malah dia hanya berkata bahawa masalah tersebut telah berjaya diatasi. Masih belum ada khabar berita bila PS5 akan tersedia di pasaran pada 2023, memandangkan Sony telah menaikkan harga produknya itu di negara tertentu akibat masalah ekonomi, Malaysia juga tidak terkecuali. Jadi tidak tahu jika mereka akan menurunkan semula harga PS5 selepas bekalan stok baru tersedia.

Kepada anda yang ingin miliki PS5 boleh siap sedia untuk menunggu stok konsol next-gen ini dalam masa terdekat. Jadi jangan lupa ikuti Gamer Santai untuk segala liputan tentang Sony, game, anime dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstation 5Sony Interactive EntertainmentSony PlayStation
Previous Post

Promotional art The Flash dedahkan 2 hero lain termasuk Batman & Supergirl!

Next Post

Hadir ke Booth Genshin Impact x Black Shark di Comic Fiesta 2022! Pelbagai Hadiah Menarik Menanti!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Hadir ke Booth Genshin Impact x Black Shark di Comic Fiesta 2022! Pelbagai Hadiah Menarik Menanti!

Hadir ke Booth Genshin Impact x Black Shark di Comic Fiesta 2022! Pelbagai Hadiah Menarik Menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd