Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Rise akan tiba di PS5, Xbox Series, PS4 & Xbox One pada 20 Januari 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Rise akan tiba di PS5, Xbox Series, PS4 & Xbox One pada 20 Januari 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan Monster Hunter Rise untuk PS5, Xbox Series, PS4 dan Xbox One pada 20 Januari 2023 di mana prapesan tersedia sekarang. Game ini juga akan tersedia melalui Xbox Game Pass untuk Console, Cloud dan PC. Bukan itu sahaja, expansion Sunbreak pula akan menyusul pada Musim Bunga 2023.

Monster Hunter Rise menampilkan ‘customizable optimization”, untuk membolehkan para Hunter menikmati perjalanan mereka dalam resolusi 4K dan 60 FPS pada Xbox Series X dan PlayStation 5, sambil menawarkan audio 3D untuk Xbox Series X|S dan PlayStation 5. Senjata jarak jauh dan berperisai juga akan memanfaatkan ciri adaptive trigger di DualSense untuk konsol PlayStation 5.

Berikut ialah gambaran keseluruhan game, menurut Capcom:

Monster Hunter Rise ialah entri terbaharu dalam siri dan membawa pemain ke Kamura Village. Pengalaman gameplay teras dalam Monster Hunter Rise kekal seperti entri Monster Hunter sebelum ini di mana Hunter mesti melengkapkan perisai mereka dan memilih salah satu daripada 14 jenis senjata berbeza untuk menangani musuh yang menakutkan.

Apabila pemain mengalahkan raksasa dan maju melalui jalan cerita, barang-barang yang jatuh daripada musuh boleh digunakan untuk mencipta senjata dan perisai unik yang meningkatkan peluang mereka bertahan hidup. Hunter boleh menangani cabaran ini secara solo, atau dengan (sehingga) tiga pemburu lain secara online co-op.

Monster Hunter Rise mengembangkan siri dengan memperkenalkan beberapa mekanik baharu. Aksi “wire grappling boleh dilakukan dengan menggunakan “Wirebug” semasa berdiri atau di udara, lantas menambahkan pergerakan serba baharu kepada strategi dan serangan memburu.

Selain itu, game ini menampilkan teknik “Wyvern Riding”, yang membolehkan pemain mengawal raksasa buat sementara waktu. Monster Hunter Rise juga memperkenalkan rakan memburu baharu bernama Palamutes, rakan “Canyne” yang boleh ditunggangi dan turut bantu dalam serangan semasa memburu.

Sekali lagi saya ingatkan, Monster Hunter Rise akan keluar di PS5, Xbox Series, PS4 dan Xbox One pada 20 Januari 2023 dan tersedia melalui Xbox Game Pass untuk Console, Cloud dan PC. Expansion Sunbreak pula akan tiba pada Musim Bunga 2023.

Bagi mereka yang tidak sabar, Monster Hunter Rise dan expansion Sunbreak kini tersedia untuk Switch dan PC melalui Steam.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Tags: Monster Hunter RisePS4ps5Xbox OneXbox Series
Previous Post

Filem anime Tensura: Scarlet Bond Akan Ditayangkan di Malaysia! Tarikh Belum Didedahkan!

Next Post

Indiana Jones and the Dial of Destiny bakal tiba di pawagam Malaysia pada Jun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Indiana Jones and the Dial of Destiny bakal tiba di pawagam Malaysia pada Jun 2023!

Indiana Jones and the Dial of Destiny bakal tiba di pawagam Malaysia pada Jun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd