Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime Tensura: Scarlet Bond Akan Ditayangkan di Malaysia! Tarikh Belum Didedahkan!

Maira by Maira
December 2, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem anime Tensura: Scarlet Bond Akan Ditayangkan di Malaysia! Tarikh Belum Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak filem anime banyak ditayangkan di Malaysia, memang ramai peminat anime yang tidak melepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam. Baru-baru ini, ada satu filem anime baru yang akan ditayangkan nanti. Filem yang dimaksudkan ialah anime That Time I Got Reincarnated as a Slime (Tensura) the Movie: Scarlet Bond!

Sumber: Muse Asia

Perkara ini telah diumumkan oleh Muse Asia melalui Facebook. Tetapi buat masa ini, tiada tarikh rasmi tayangan yang didedahkan mereka. Nampaknya kita kenalah tunggu pengumuman selanjutnya daripada Muse Asia.

Untuk pengetahuan anda, filem ini telah pun dilepaskan di Jepun pada 25 November 2022. Mungkin ia tidak mengambil masa yang lama untuk kita dapat menonton filem Tensura: Scarlet Bond ini.

Berikut adalah sinopsis untuk filem Tensura:

Di Raja, sebuah negara kecil terletak di barat Tempest. Rimuru dan rakan-rakannya telah terlibat dalam satu konspirasi yang berpusatkan pada kuasa misteri permaisuri. Rimuru dan komandernya, Benimaru juga berjumpa dengan Hiiro, lelaki yang pernah menjadi abang Benimaru.

Kalau anda tidak mengetahui tentang siri Tensura, ia sebuah siri novel ringan yang ditulis oleh Fuse dan diilustrasikan oleh Mitz Vah. Ia membuat debut secara dalam talian antara 2013 dan 2016 di laman web penerbitan novel yang dihasilkan oleh pengguna di Shōsetsuka ni Narō.

Ia telah diperolehi oleh Micro Magazine, yang menerbitkan jumlah novel ringan yang pertama pada tahun 2014. Dua belas jilid telah diterbitkan pada Julai 2018. Ia juga telah menerima dua adaptasi manga dan adaptasi siri televisyen anime oleh 8-Bit yang mula bersiar pada 2 Oktober 2018.

Sementara menunggu filem anime Tensura: Scarlet Bond, bolehlah layan dahulu filem animasi lain di pawagam. Antaranya ialah filem Mechamato dan Sword Art Online: Progressive – Scherzo of Deep Night. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TensuraTensura the Movie: Scarlet BondThat Time I Got Reincarnated as a Slime
Previous Post

Filem Bruce Lee dalam pembikinan oleh Sony! Mason Lee tampil sebagai watak utama!

Next Post

Monster Hunter Rise akan tiba di PS5, Xbox Series, PS4 & Xbox One pada 20 Januari 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Monster Hunter Rise akan tiba di PS5, Xbox Series, PS4 & Xbox One pada 20 Januari 2023!

Monster Hunter Rise akan tiba di PS5, Xbox Series, PS4 & Xbox One pada 20 Januari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd