Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sniika keluarkan koleksi Under 18: Attitude, dapatkan baju & kasut premium sekarang!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 30, 2022
in Artikel, Berita, Fesyen, Komik, Produk, Tempatan
0 0
0
Sniika keluarkan koleksi Under 18: Attitude, dapatkan baju & kasut premium sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Kadokawa Gempak Starz telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama syarikat fesyen tempatan, Sniika bersama siri komik, Under 18: Attitude. Kolaborasi ini menampilkan satu baju dan dua kasut dengan reka bentuk yang menarik. Buat kipas-susah-mati Zint dan siri Under 18, inilah masa anda untuk bergaya dengan gempak!

Menerusi akaun Twitter Gempak, mereka telah memuat naik gambar reka bentuk baju dan kasut-kasut yang anda boleh dapatkan di Kedai Shopee Sniika. Mari saya tunjukkan reka bentuk tersebut:

Untuk baju, mereka menyediakan reka bentuk yang sama dengan tiga warna berbeza, iaitu hitam, putih dan merah. Di bahagian depan mempunyai gambar Vax dengan baju bertulis Metal di dalam logo petir. Di bahagian lengan kanan pula, anda dapat lihat logo Sniika x Under 18: Attitude. Anda boleh membeli baju ini dengan hanya bernilai RM57 sehelai dan mempunyai saiz bermula dengan saiz S hingga saiz 3XL.

Untuk kasut pula mempunyai dua reka bentuk, reka bentuk pertama dinamakan sebagai Skull Metal Head. Kasut ini mempunyai reka bentuk abstrak tengkorak dan ia amat sesuai dengan mereka yang suka terhadap gaya fesyen streetwear.

Untuk kasut kedua pula diberi nama Flash Thunder Faith. Reka bentuk kasut ini mempunyai corak petir seperti parut Harry Potter. Di dalam corak petir tersebut, anda boleh nampak ilustrasi watak daripada komik Under 18: Attitude. Kedua-dua kasut ini mempunyai logo yang sama di bahagian belakang iaitu logo Under 18: Attitude. Kasut ini didatangkan dengan saiz bermula daripada 37 euro hingga saiz 46 euro dan berharga RM235 sepasang.

Untuk pengetahuan anda, Under 18: Attitude merupakan komik karya Lu Wun Khang atau lebih dikenali sebagai Zint. Berikut adalah penerangan Under 18: Attitude berdasarkan Kadokawa Gempak Starz:

Surprise~ Zint kembali dengan karya terhebat + termantap + terbaik dari ladang untuk tatapan kipas-susah-mati semua. Yahooo!

Jom berkenalan dengan Vax serta PERANGAI pelik dan gila-gila dia yang boleh bikin orang lain tumpang gila sama! Adududu~

Kepada yang fikir Zint dah tak nak melukis, hiburkanlah hati duka lara tu dengan siri meletup ‘Under 18 Attitude’ ni. Lebih padu beb! Dapatkan segera~

Jadi kepada kipas-susah-mati Under 18: Attitude, jangan lupa untuk dapatkan kasut dan baju ini sekarang ni kedai web rasmi Sniika di Shopee. Ikuti Gamer Santai jika anda inginkan berita tentang game, anime dan banyak lagi.

Tags: komik tempatanSniika x Under 18: AttitudeUnder 18Under 18: Attitude
Previous Post

LoL: Wild Rift jadi MOBA “mati” pada 2023, hanya sokong esports di Asia sahaja

Next Post

Review Gudetama: An Eggcellent Adventure – Kisah telur pemalas yang mencari ibunya

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Review Gudetama: An Eggcellent Adventure – Kisah telur pemalas yang mencari ibunya

Review Gudetama: An Eggcellent Adventure - Kisah telur pemalas yang mencari ibunya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd