Di majalah PlayStation Official isu 162, penerbit dan developer Jepun Cygames telah ditemu bual. Di situ, pengarah Tetsuya Fukuhara membincangkan Granblue Fantasy Project Re:Link, judul seterusnya di dalam francais Granblue Fantasy yang bakal keluar di pelantar console selepas menikmati kejayaan yang hebat di peranti mobile.
Menurut kata-kata Fukuhara, matlamat utama adalah untuk menunjukkan keseronokan console gaming kepada mereka yang membesar dengan bermain game pada peranti mobile seperti smartphone.
Pasaran game console Jepun agak teruk buat masa ini, dan hanya beberapa developer sahaja yang mampu mencipta judul AAA. Kami ingin tunjuk keseronokan game console kepada pengguna smartphone yang tidak membesar dengan console gaming, dan pada masa yang sama, menarik minat para gamer console yang tidak selalu bermain game di smartphone mereka. Idea besarnya ialah dengan membawa game mobile ke pelantar console, kami boleh mencampurkan dua perkara tersebut menjadi satu komuniti gaming yang besar.
Kami ingin mengembalikan hari kegemilangan gaming semasa kami kecil tetapi diubah suai untuk adaptasi masa kini. Relink dan Versus kini direka dengan mindset itu. Kami akan bekerja keras untuk mencipta judul yang membuat hati para gamer berdebar dengan keseronokan! Harap kamu semua nantikannya.
Fukuhara juga membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pasukan development apabila memindahkan seni reka dan senarai watak daripada mobile ke console di Granblue Fantasy Relink, game action RPG yang juga dibangunkan bersama PlatinumGames untuk waktu seketika.
https://www.youtube.com/watch?v=9-rFJMMLysw
Granblue Fantasy: Relink dijangka akan keluar di PlayStation 4 dan kemungkinan PC melalui Steam, tetapi masih tiada tarikh keluaran rasmi buat masa ini. Selain itu, game fighting 2.5D Granblue Fantasy Versus (dibangunkan oleh Arc Syste Works) bakal keluar di PlayStation 4 pada hujung tahun ini, dan jika korang berminat, korang boleh cuba apply untuk mencuba Closed Beta mereka.
Sumber – WCCFTech
@gamersantaimy
Discussion about this post