Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Gungrave G.O.R.E – Game action shooter paling senang anda boleh cuba!

safwan by safwan
November 22, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Review, PS4, PS5, Review, Shooter, Single Player, Steam, Xbox, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Gungrave G.O.R.E – Game action shooter paling senang anda boleh cuba!
Share on FacebookShare on Twitter

Gungrave G.O.R.E bakal dilancarkan pada 23 November 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mengetahui sama ada ianya menepati cita rasa anda, kami telah berpeluang untuk mencubanya terlebih dahulu dan ini adalah review kami.

Gameplay

Gungrave G.O.R.E adalah game third-person shooter di mana anda akan bermain sebagai Grave. Seperti yang dikatakan di dalam trailer, game ini hanya menembak sahaja. Walaupun ianya game menembak 100%, anda tidak perlu menyasarkan kepada musuh yang diingini kerana Gungrove menawarkan ciri-ciri “auto lock on”. Senjata yang anda gunakan tidak perlu reload untuk menembak.

Senjata utama yang disediakan adalah sepasang pistol yang mempunyai jarak tertentu untuk menembaknya. Namun, senjata ini mempunyai beberapa ability lain selain “Regular Shot” iaitu Charged Shot di mana sebelum menembak anda perlu mengecas terlebih dahulu dan digunakan untuk memecahkan “Shield” musuh. Untuk Burst Mode pula, ia adalah serangan di mana anda menembak dengan lebih pantas.

Manakala Death Strom pula hanya boleh digunakan apabila Beats meter telah mencapai atau lebih daripada 50. Dan akhir sekali, sepasang pistol ini mampu membuat serangan yang dikenali Fury Mode di mana ia adalah serangan yang telah kuatkan dan memberi damage yang tinggi sekali gus mengorbankan Demolition Point.

Senjata kedua adalah digelar Death Hauler. Secara asasnya, ia adalah senjata jarak dekat yang mampu memberikan damage “Area of Damage” (AoE). Bukan setakat itu sahaja, Death Hauler juga boleh membuat serangan kombo istimewa apabila ia terikat dengan serangan lain.

Ia juga adalah satu-satunya cara lain yang boleh memecahkan Shield jika anda terlepas untuk membuat Charge Shot. Namun, ia mesti bersambung dengan serangan sebelum ini kerana Shield perlu dipecahkan dengan beberapa pukulan. Selain daripada membuat serangan, Death Hauler juga merupakan parry di mana Grave akan mengayunnya untuk menepis atau memantulkan serangan jarah jauh musuh seperti roket.

Anda juga boleh Grab di mana Grave akan mengeluarkan chain daripada Death Hauler untuk menarik musuh secara tidak langsung menjadi “Human Shield” dan menghalang beberapa serangan. Dengan menarik musuh juga boleh membuat serangan di mana anda mencampakkan badan tadi ke arah musuh.

Apa yang lebih menarik adalah RIP System di mana ia adalah satu mekanik yang membolehkan pemain membunuh musuh sekali gus semasa mereka bernyawa rendah. Untuk mengetahui jika mereka mempunyai nyawa yang rendah, musuh akan bernyala dengan warna ungu.

Jika anda berada pada jarak dekat, anda boleh sahaja jalan dan gunakannya, manakala untuk pada jarak yang jauh, pemain boleh menggunakan Grab dan lakukannya.

Demolition Point

Gungrave G.O.R.E

Seperti yang saya katakan di atas, sesetengah serangan akan menggunakan Demolition Point iaitu Fury Mode dan juga Demolition Shots. Ini adalah satu mekanik yang agak menarik di mana setiap serangan akan memperolehi mata yang akan memenuhi “bar”.

Fury Mode adalah sama seperti Devil Trigger dan memberikan kuasa yang lebih kuat kepada Grave. Demolition Shot pula adalah gerakan dan serangan yang sangat menawan di mana ia mampu mengembalikan nyawa selepas digunakan.

Upgrade

Gungrave G.O.R.E

Dengan menyelesaikan setiap level di dalam game, anda akan diberikan “Money” yang membolehkan pemain upgrade atau beli skill baru. Saya sarankan pemain untuk upgrade dan beli skill baharu supaya anda boleh mempunyai lebih banyak pilihan dalam membuat serangan dan juga gerakan.

Persekitaran level

Gungrave G.O.R.E

Gungrave G.O.R.E menampilkan reka bentuk level yang baik, namun saya dapat rasakan yang mereka boleh lakukannya dengan lebih baik. Semasa saya bermain, saya berjalan-jalan diseluruh kawasan dan mengharapkan ada musuh keluar pada kawasan tertentu, tetapi apabila masuk ke dalam, saya hanya melihat bilik kosong yang tidak mempunyai sebarang objektif atau musuh.

Bermain Gungrave ini sebenarnya hanya berjalan pada jalan yang lurus tanpa perlu masuk ke dalam kawasan kosong. Namun apabila masuk ke fasa 2 level, pemain akan dikejutkan dengan lebih banyak musuh yang berada di mana sahaja.

Gungrave G.O.R.E

Mereka juga menyediakan “boss fight” di mana pemain boleh mengelak serangan dengan melompat dan juga dodge. Kadangkala timing untuk dodge dan melompat agak sukar, jadi besar kemungkinan anda akan terkena juga serangan daripada boss.

Kesimpulan

Gungrave G.O.R.E

Secara keseluruhan, Gungrave G.O.R.E adalah game action yang sangat mudah dimainkan kerana anda tidak perlu memikirkan strategi yang kompleks untuk menyelesaikan level. Dengan Grave yang mempunyai pelbagai gerakan dan serangan, saya rasakan yang game ini boleh diselesaikan melalui kombo Beats dan lakukan serangan yang pantas.

Pada awalnya, saya rasa seronok semasa memainkannya. Namun, semakin jauh saya main, saya rasa ia nampak membosankan dengan banyak kawasan yang kosong tanpa objektif apa-apa. Walaupun mereka menyediakan Dodge untuk mengelak serangan musuh, saya tidak rasa yang ia berguna melainkan menerima damage yang tinggi daripada musuh.

Gungrave G.O.R.E

Bagi sesiapa yang sedang mencari game third person action shooter yang sangat mudah dihabiskan, anda boleh cuba Gungrave G.O.R.E. Ia boleh didapatkan bermula 23 November 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Gungrave G.O.R.E

6 Score

PROS

  • Penampilan karakter yang menarik
  • Mekanik yang unik

CONS

  • Pengawalan yang tidak memuaskan
  • Dodge yang sukar dikawal

Review Breakdown

  • Bagi sesiapa yang sedang mencari game third person action shooter yang sangat mudah dihabiskan, anda boleh cuba Gungrave G.O.R.E. 0
Tags: Gungrave G.O.R.E
Previous Post

Pokémon Scarlet & Violet Review — Lebih Inovatif Dan Menarik Tetapi Prestasi Pula Lemah

Next Post

Dragon Ball Z: Kakarot pamer DLC “Bardock- Alone Against Fate” – Kita main sebagai ayah Goku!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dragon Ball Z: Kakarot pamer DLC “Bardock- Alone Against Fate” – Kita main sebagai ayah Goku!

Dragon Ball Z: Kakarot pamer DLC "Bardock- Alone Against Fate” - Kita main sebagai ayah Goku!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd