Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jason David Frank pelakon Power Rangers meninggal dunia pada usia 49 tahun

safwan by safwan
November 21, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Jason David Frank pelakon Power Rangers meninggal dunia pada usia 49 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan berita sedih di mana pelakon legenda Power Ranger iaitu Jason David Frank telah meninggal dunia pada umur 49 tahun. Berita ini disahkan oleh pelakon yang lain di mana mereka mengongsikan di media sosial masing-masing termasuk Walter Jones, Blake Foster, Austin St. John dan Amy Jo Johnson.

Dia dilahirkan pada 4 September 1973 dan telah membintangi dalam Mighty Morphin Power Rangers bermula dari tahun 1993 sehingga 1996 sebagai Green Ranger dan bertukar kepada White Ranger pada musim seterusnya. Dia juga telah berlakon dalam siri Power Rangers lain termasuk Wild Force, Turbo, Zeo, Dino Thunder, Megaforce dan juga HyperForce.

Selain berada di francais Power Rangers, dia telah membuat debut pertamanya di UFC pada tahun 2010. Tidak berhenti di situ sahaja, dia juga telah menjadi pelakon suara bagi watak “Silver Bear” dalam siri Cartoon Network yang terkenal iaitu We Bare Bears.

Dengan segala ilmu dan pengalaman yang dia ada, Frank telah mula untuk bangunkan filemnya sendiri iaitu “Legend of the White Dragon” melalui Kickstarter sejak tahun 2020. Filem ini dikatakan sedang dalam produksi dan mungkin akan ditayangkan pada tahun hadapan (2023). Berikut adalah sinopsis “Legend of the White Dragon“:

White Dragon, Erik Reed telah pulang ke Kota Virtuo 3 tahun kemudian selepas dikalahkan dalam pertempuran besar melawan Ashtagor. Kristal yang dia gunakan untuk menjadi White Dragon telah pecah menjadi dua akibat pertempuran epik. Kedua-dua kepingan kemudiannya hilang. Dipersalahkan atas kemusnahan dan kehilangan nyawa, identitinya terpadam selepas pertempuran sekali gus menjadikannya pelarian daripada undang-undang.

Kini mengikuti Erik dalam perjalanannya ketika dia bekerjasama dengan pemburu harta karun dari masa lalu yang membantunya mendapatkan semula kuasanya sebagai White Dragon. Setelah bersatu semula dengan kuasanya, dia dan pasukannya kini bersedia untuk melawan ancaman baharu, Dragon Prime, yang membalas dendam terhadap White Dragon.

Erik kini mesti mencuba dan menewaskan Prime Dragon untuk mendapatkan selangkah lebih dekat untuk membersihkan namanya dan dapat melindungi keluarganya daripada kejahatan yang masih mengintai dalam kegelapan… Ashtagor.

Jason David Frank telah meninggal dunia pada usia 49 tahun. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jason David FrankLegend of the White Dragonpower rangers
Previous Post

Tsuburaya dedah visual Gridman Universe, akan datang 24 Mac tahun depan!

Next Post

“Penuh Bug dan Glitch” — Pemain Pokemon Scarlet & Violet Mula Minta Refund!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Penuh Bug dan Glitch” — Pemain Pokemon Scarlet & Violet Mula Minta Refund!

"Penuh Bug dan Glitch" -- Pemain Pokemon Scarlet & Violet Mula Minta Refund!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd