Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sid Meier’s Civilization VI: Leader Pass menambah 18 watak baru melalui 6 pek DLC – akan hadir di PC, MAC & IOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 16, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Genre, Real time strategy
0 0
0
Sid Meier’s Civilization VI: Leader Pass menambah 18 watak baru melalui 6 pek DLC – akan hadir di PC, MAC & IOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K telah mengumumkan Civilization VI: Leader Pass, season pass baharu yang menambahkan 18 pilihan “leader” baharu untuk dimainkan di Civilization VI!

Kandungan Leader Pass boleh diperoleh melalui enam pek DLC yang dijadualkan untuk keluar dari 21 November 2022 hingga Mac 2032 pada Windows PC melalui Steam dan Epic, MacOS melalui Steam dan Mac App Store serta iOS melalui App Store. DLC pertama, “Great Negotiators Pack”, akan tersedia minggu depan pada 21 November 2022.

Setiap Leader datang dengan sejumlah abiliti baharu atau dikemas kini bersama agenda inventif yang mengubah cara anda mendominasi dunia. Berikut adalah butiran lengkap tentang Civilization VI: Leader Pass:

  • Great Negotiators Pack (Pack #1): Akan datang pada 21 November 2022; uji kemahiran diplomasi anda dengan Great Negotiators Pack, termasuk Abraham Lincoln (Amerika Syarikat), Ratu Nzinga Mbande (Kongo), dan Sultan Saladin (Arab);
  • Great Commanders Pack (Pack #2): Pimpin pasukan anda menuju kemenangan dengan Great Commanders Pack, termasuk Tokugawa (Jepun), Nader Shah (Persia) dan Suleiman the Magnificent (Empayar Uthmaniyyah);
  • Rulers of China Pack (Pack #3): Tubuhkan beberapa dinasti baharu dengan Rulers of China Pack, termasuk Yongle, Qin Shi Huang the Unifier dan Wu Zetian;
  • Rulers of the Sahara Pack (Pack #4): Lawati semula lokasi tamadun awal bersama Rulers of the Sahara Pack, termasuk Ramses (Mesir), Ptolemaic Cleopatra (Mesir), Raja Sundiata Keita (Mali);
  • Great Builders Pack (Pack #5): Bina semula dunia dengan lebih baik dengan Great Builders Pack, termasuk Theodora (Byzantine), Sejong (Korea) dan Ludwig II (Jerman);
  • Ruler of England Pack (Pack #6): Isi koleksi raja anda yang semakin meningkat dengan Rulers of England Pack, termasuk Elizabeth I (England), Varangian Harald Hardrada (Norway) dan Victoria – Age of Steam (England).

Untuk pemilik Civilization VI Anthology baharu dan sedia ada di Steam untuk Windows PC/Mac dan Epic Games Store untuk Windows PC, Civilization VI: Leader Pass disertakan tanpa kos tambahan. Leader Pass juga akan tersedia untuk pembelian asing di Steam, Epic Games Store, Mac App Store dan iOS.

Untuk maklumat lanjut tentang Civilization VI, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.

Tags: civilization viLeader Pass
Previous Post

Open-world RPG “Soccer Story” akan keluar di semua platform pada 29 November!

Next Post

Margot Robbie dedahkan yang filem Pirates of the Caribbean tidak akan dibikin

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Margot Robbie dedahkan yang filem Pirates of the Caribbean tidak akan dibikin

Margot Robbie dedahkan yang filem Pirates of the Caribbean tidak akan dibikin

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd