Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hampir 100 Jam! Ketahui Game Single-player Yang Mengambil Masa Yang Lama Untuk Dihabiskan!

Maira by Maira
November 15, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Hampir 100 Jam! Ketahui Game Single-player Yang Mengambil Masa Yang Lama Untuk Dihabiskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang memang banyak game single-player yang dikeluarkan, tetapi nak habiskan satu game itu kadang-kadang memakan masa yang begitu lama. Lebih-lebih lagi pemain yang suka selesaikan 100% game yang dimainkan. Bukan pendek masa yang diambilkan untuk habiskan kesemua kandungan yang ada pada game.

Mesti anda tertanya, game single-player apa yang paling lama untuk dihabiskan. Kami ada beberapa game popular yang telah disenaraikan. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat game single-player yang mengambil masa lama untuk dihabiskan. Sebagai peringatan, data ini diambil melalui HowLongtoBeat.

Witcher 3: Wild Hunt GOTY Edition

Game ini pertama kali dilancarkan pada 2015 oleh CD Projekt Red dan merupakan antara game popular yang dibangunkan oleh mereka. Ia juga telah dinobatkan dengan gelaran “Game of The Year” malah antara game RPG terbaik dalam pasaran. Menurut data, purata masa yang dihabiskan untuk selesaikan game ini ialah 126 jam. Hampir lima hari lebih juga diperlukan.

Memang tidak pelik, kerana peta dalam game ini boleh tahan besar juga. Kalau campur sesat, memang lagi lamalah jawabnya.

Persona 5 Royal

Salah satu game JRPG popular kini tersedia di pelbagai platform. Dibangunkan oleh ATLUS, anda akan mengikuti watak utama bersama rakan-rakannya, yang menjadi Phantom Thieves untuk mencuri hati atau keinginan yang rosak.

Dengan mekanik game yang mengikut peredaran hari, jadi kadang-kadang anda boleh meluangkan masa berjam-jam dalam dungeon untuk satu hari. Kandungan utama game ini dicampur dengan side quest boleh memakan masa sehingga 125 jam untuk dihabiskan.

Skyrim Special Edition

Siapa sahaja yang tidak mengenali game Skyrim, dengan gameplay yang berpusatkan quest dan bounty. Apabila dilihat pada data, main story dan kandungan sampingan mengambil masa hampir 116 jam untuk dimainkan. Ia boleh mencapai lebih daripada 200 jam untuk pemain yang “perfectionist”.

Breath of the Wild

Playtime untuk Zelda: Breath of the Wild untuk semua kandungannya hampir mencecah 97 jam. Walaupun dengan kandungan yang banyak, ia masih meninggalkan banyak persoalan dan akan bersambung dalam sekuelnya: Tears of the Kingdom.

Elden Ring

Setiap pemain yang main Elden Ring, mesti ingin menjadi Tarnished yang paling hebat. Dengan semua “grinding” yang perlu dilakukan, ia boleh mengambil masa 96 jam masa bermain. Kalau anda seseorang yang banyak kali mati, mungkin ia mengambil masa yang lebih lama.

Assassin’s Creed Valhalla

Walaupun tanpa DLC yang baru, pemain Assassin’s Creed Valhalla perlu meluangkan masa hampir 93 jam dalam game tersebut. Memandangkan ia merupakan entri paling baru dalam francais tersebut, pemain akan meneroka sejarah norse sebagai seorang viking. Jika ditambah dengan kesemua DLC, ada kemungkinan besar masa bermainnya mencecah lebih 140 jam.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Kami pasti, anda juga mesti ada beberapa game yang memerlukan masa yang lama untuk habiskan. Anda boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen. Untuk mendapatkan trivia menarik daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameTrivia
Previous Post

Review Dragon Ball: The Breakers – Konsep dah tepat, gameplay kurang kemas

Next Post

Black Panther: Wakanda Forever – Apa berlaku di post-credit scene? (SPOILER)

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Black Panther: Wakanda Forever – Apa berlaku di post-credit scene? (SPOILER)

Black Panther: Wakanda Forever - Apa berlaku di post-credit scene? (SPOILER)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd