Selepas menunggu selama 25 tahun, kini Ash Ketchum akhirnya boleh menganggap dirinya sebagai seorang Pokemon Trainer terkuat selepas menjadi juara Pokemon World Champion, mengalahkan Leon pada pusingan terakhir.

Budak lelaki yang berasal daripada Pallet Town itu telah mendapat gelaran tersebut dalam episod terbaru Pokemon Ultimate Journey: The Series yang disiarkan di Jepun pada 11 November lalu. Dia telah berjaya memenangi Masters Eight Tournament di siri Pokemon World Coronation.
Keazaman dan ketabahan Ash Ketchum untuk mencapai matlamatnya menjadi Pokemon Trainer terhebat di dunia sepanjang 25 musim menunjukkan yang dimaksudkan dengan menjadi Trainer terbaik.
Taito Okiura, Naib Presiden Pemasaran The Pokemon Company
Perjalanan Ash untuk menjadi Pokemon World Champion bermula sejak tahun 1997, apabila dia berumur 10 tahun dan mendapat kebenaran untuk menjadi Pokemon Trainer dalam episod “Pokémon – I Choose You!”, di mana dia mendapat rakan ikoniknya, Pikachu.

Sepanjang siri ini, Ash dan Pikachu telah berjumpa dan berkawan dengan pelbagai Trainer lain semasa dia menjelajah bersama Pokemonnya di kawasan yang berbeza. Ash juga pernah memenangi kejuaraan liga sebelum ini tetapi gagal untuk memenangi piala dunia.
The Pokemon Company berkata, menjulang Ash sebagai juara dunia dalam “Pokémon! I Am Glad I Got To Meet You” menandakan pencapaian yang penting dan dapat meraikan peminat yang komited mengikuti perjalanannya selama 25 tahun.
Episod Pokemon biasanya disiarkan di Jepun terlebih dahulu sebelum disiarkan di seluruh dunia beberapa bulan kemudian. The Pokemon Company masih belum lagi mengumumkan tarikh tayangan untuk episod terbaru.
Sarah Natochenny, pelakon suara yang menyuarakan Ash dalam versi bahasa Inggeris siri ini, berkongsi pendapatnya di Twitter bahawa dia tidak sabar untuk alih suara bahasa Inggeris bagi episod itu kepada dunia. Ini merupakan satu penghormatan besar untuk Sarah.

Anda boleh tonton Pokemon Journey di Netflix, namun musim terakhir siri ini masih belum tersedia di Malaysia.
Jadi apa perasaan anda setelah menunggu selama 25 tahun untuk saat ini, adakah anda berasa gembira atau sedih selepas melihat Ash berjaya menjadi juara untuk Pokemon World Championship? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Untuk banyak lagi liputan menarik tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post