Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SPOILER] One Piece akhirnya dedah rupa Dr. Vegapunk, semangat Ohara masih hidup!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 14, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
[SPOILER] One Piece akhirnya dedah rupa Dr. Vegapunk, semangat Ohara masih hidup!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengembaraan Luffy dan krewnya di Egghead Island kini diteruskan pada One Piece bab 1066 dengan perbualan mereka bersama Dr. Vegapunk 01 iaitu Shaka. Seperti yang kita dapat lihat pada bab lepas, Shaka memberitahu pada Sanji dan yang lain bahawa pulau yang mereka berada bukanlah pulau di masa hadapan tetapi pulau pada masa lalu.

Dan pada bab kali ini kita dapat penjelasan daripada Shaka kenapa dia berkata begitu. Boleh dikatakan agak terkejut kerana di pulau tersebut terdapat semua benda yang tiada di pulau lain termasuk Mary Geoise sendiri.

One Piece, Ch. 1,066: Mind-blowing reveals in this chapter on the mysterious Void Century and more! Read it FREE from the official source! https://t.co/nmAvXQc6vr pic.twitter.com/JFvT1bJVNE

— Shonen Jump (@shonenjump) November 13, 2022
AMARAN! ADA SPOILER MANGA ONE PIECE!!
Sumber: Shueisha

One Piece bab 1066 dimulakan dengan jeritan daripada krew Straw Hat yang terkejut dengan jawapan Shaka. Siapa sangka pulau yang canggih seperti Egghead Island pernah wujud pada 900 tahun lepas. Dia teruskan penjelasannya bahawa terdapat individu pada masa lalu yang menghabiskan masanya pada arkeologi.

Individu tersebut merupakan individu sama yang mewujudkan kerajaan penuh dengan barang-barangan masa hadapan. Dikatakan bahawa dakwaan ahli arkeologi itu sangat tepat dengan zaman ketika mesin tersebut dibuat. Robin cepat memahami dengan penjelasan Shaka, kemudian bertanya sama ada zaman yang Shaka maksudkan ialah Void Century. Soalan Robin tersebut mengejutkan Shaka serta krewnya dan membuatkan dia teringat tentang kampung Robin yang dimusnahkan oleh Buster Call oleh pihak Navy.

Sumber: Shueisha

Shaka kemudiannya menceritakan tentang apa itu Void Century dan bagaimana 20 kerajaan pada masa lalu mampu memenangi perang lalu membangunkan World Government yang dikenali sehingga masa sekarang. Untuk memastikan tiada siapa tahu tentang kerajaan zaman dulu, World Government telah menghapuskan segala bukti.

Sumber: Shueisha

Dia memberitahu jika ada individu atau organisasi yang mempunyai pengetahuan tentang Void Century walaupun sedikit akan dihapuskan serta merta.

Sumber: Shueisha

Di pertengahan bab ini kita dapat lihat rupa Dr. Vegapunk dan Monkey D. Dragon pada 22 tahun lepas, sebulan selepas Ohara dihapuskan. Mereka berdua merupakan rakan kenalan Clover, penjaga perpustakaan di Ohara dan juga guru kepada Robin.

Buku-buku yang digunakan oleh para pengkaji telah diselamatkan oleh gergasi daripada Elbaf. Dr. Vegapunk mengambil kesempatan tersebut untuk mengembara ke Elbaf dan kemudian memperoleh pengetahuan tentang misteri dunia yang telah diterjemahkan oleh pengkaji Ohara. Dia juga memberitahu Robin bahawa Jaguar D. Saul, gergasi yang menolongnya kini masih hidup dan sedang menyembunyikan diri.

Sumber: Shueisha

Adegan berubah ke Luffy di mana dia berada di hadapan gergasi besi yang sudah berkarat. Dia dan Chopper sedang memberi arahan kepada gergasi tersebut untuk bergerak apabila tiba-tiba terdapat bunyi letupan yang kuat daripada gegasi tersebut. Terdapat seorang lelaki tua pelik yang muncul di dada gergasi itu. Ternyata bahawa lelaki tua tersebut ialah Dr. Vegapunk yang sebenar.

Sumber: Shueisha

Akhirnya kita dapat tengok rupa saintis genius yang di rekrut oleh pihak World Government ini. Kepalanya yang dulu besar kini kelihatan kecil, mungkin kerana dia menggunakan otaknya untuk menggerakkan Vegapunk yang lain.

Apa pendapat korang dengan One Piece bab 1066 ini, adakah rupa Dr. Vegapunk seperti apa yang korang fikirkan? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dr Vegapunkmangaone pieceOne Piece 1066
Previous Post

Genshin Impact: Raiden Dikalahkan, Nahida Kini Paling Banyak Kaut Untung Untuk Minggu Pertama!

Next Post

The Game Awards 2022: Calon setiap Anugerah didedahkan! Undi game kegemaran sekarang!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
The Game Awards 2022: Calon setiap Anugerah didedahkan! Undi game kegemaran sekarang!

The Game Awards 2022: Calon setiap Anugerah didedahkan! Undi game kegemaran sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd