Konami Digital Entertainment Limited atau lebih dikenali sebagai KONAMI sahaja telah mengumumkan update baru untuk Yu-Gi-Oh Master Duel. Update ini menampilkan tambahan pada game kad digital yang popular, termasuk mod baru iaitu Team Battle.
Dalam Team Battle, anda boleh menguji kebolehan Deck anda dalam perlawanan 3v3 atau 5v5. Untuk perlawanan, seorang Duelist akan berlawan dengan seorang daripada pasukan lawan, dan pasukan yang memperoleh kemenangan paling banyak akan dikira sebagai pemenang
Untuk membantu menambah Deck anda untuk Team Battle, anda kini boleh memperoleh kad daripada Battle Trajectory Selection Pack yang baru. Ia menampilkan banyak raksasa Pendulum yang terkenal dari Archetype “Performapal” dan “Odd-Eyes”. Battle Trajectory juga memperkenalkan “Vaylantz” yang mampu memanipulasi kedudukan kad lawan anda.
Anda boleh mendapatkan protector Mamonaka the Vaylantz United yang baru dan ikon Visas Starfrost. Kedua-duanya kini tersedia dalam in-game shop, begitu juga dengan item baru yang boleh diperolehi oleh Deck Slot.
Yu-Gi-Oh Master Duel menampilkan perlawanan yang dipamerkan dengan cantik dalam resolusi 4K, lebih daripada 10,000 kad untuk dikumpulkan, Solo Mode pemain yang meluas, online Duels, acara dan banyak lagi. Game ini telah mencapai lebih daripada 40 juta muat turun di seluruh dunia sehingga kini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Yu-Gi-Oh! Master Duel di sini.
Berikut adalah ciri-ciri utama:
- Duel di mana-mana peringkat
- Pengalaman Yu-Gi-Oh penuh tersedia untuk sesiapa sahaja di mana-mana tahap kemahiran. Jangan risau jika korang pemain baru atau sudah lama tidak ber-duel, tutorial dalam game akan mengajar asas-asas tentang cara bermain Yu-Gi-Oh!. Korang akan diberikan Deck apabila selesai untuk membantu memulakan perjalanan!
- Kumpul kad baru semasa maju dalam permainan untuk menguatkan Deck!
- Format Tournament bergilir
- Campur dan uji kemahiran! Pelbagai acara dan Tournament akan disediakan untuk pemain.
- Bina dan Duel dengan Deck berbeza menggunakan lebih 10,000 kad individu dan peraturan khas unik untuk Tournament.
- Pilih Tournament yang ANDA mahu Bertanding dan sasarkan tempat nombor satu!
- Bongkarkan kisah di sebalik kad
- Solo Mode membimbing korang melalui jalan cerita bertema daripada Yu-Gi-Oh! TCG. Asah kemahiran Duel dengan melengkapkan jalan cerita.
- Disyorkan untuk beginner, pemain yang kembali dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tradisi dunia Yu-Gi-Oh! TCG.
- Ciri-ciri lain
- Pautkan dengan aplikasi mobile Yu-Gi-Oh! Neuron.
- Lihat Decklist daripada Duelist di seluruh dunia dan kuatkan Deck sendiri!
- Cuba fitur “draw” untuk mensimulasikan jenis kad yang boleh anda perolehi!
Yu-Gi-Oh Master Duel adalah game percuma dengan in-game purchase yang kini tersedia di PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, mobile, dan Steam.
Untuk banyak lagi liputan menarik tentang game, anime dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post