Berita terbaik untuk pengguna Android! EA telah melancarkan Beta Battlefield Mobile untuk Android bagi para gamer mobile di Filipina, Indonesia, Thailand, Singapura dan juga Malaysia.
Dalam versi beta game ini, pelbagai mode yang mereka sediakan untuk korang cuba seperti Conquest, Team Deathmatch dan banyak lagi. Mereka juga menyediakan sebanyak 3 map termasuk map ikonik iaitu Noshar Canals dan Grand Bazaar.

Seperti game Battlefield yang lain, pemain boleh memilih Class dan Loadout yang diminati dan terus mencari musuh dan selesaikan objektif. Class yang disediakan adalah Assault, Engineer, Support dan Recon. Setiap daripada mereka sudah pasti mempunyai ability yang berlainan.
Semakin banyak korang bermain, semakin cepat korang akan naik level. Melalui level ini, korang akan membuka lebih banyak ability, gadget, item dan specialization yang unik serta bersesuaian dengan class diminati.

Walaupun ianya masih beta, game ini telah mempunyai pelbagai misi untuk diselesaikan. Di Command Center, terdapatnya misi harian (daily mission), manakala di Event Hub, terdapat satu acara yang sedang dijalankan iaitu Complete Warfighter. Melalui misi-misi ini, korang akan dapat lebih banyak ganjaran seperti Event Coin, Battle Coin, Company Coin, watak dan banyak lagi.

Sebelum korang download, ini adalah spesifikasi peranti Android yang diperlukan untuk bermain Battlefield Mobile dengan lancar.
- Android 8.0 atau lebih baru
- Snapdragon 835 atau lebih baik
- Exynos 9 (8895) atau lebih baik
- Sekurang-kurangnya 3 GB RAM
- Sekurang-kurangnya 2 GB ruang storan
- Mestilah sistem 64-bit

Saya perlu mengingatkan korang bahawa Battlefield Mobile masih dalam fasa beta lagi. Jadi, korang tidak perlulah mengharapkan kualiti grafik yang cantik dan tajam seperti game lain yang telah dilancarkan sepenuhnya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk bermain Beta Battlefield Mobile, pastikan peranti Android korang capai spesifikasi terlebih dahulu, baru download game ini di Google Play Store. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post