Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing God of War: Ragnarök Collector’s Edition – Siap Mjolnir Sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 8, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Game, Produk, Unboxing
0 0
0
Unboxing God of War: Ragnarök Collector’s Edition – Siap Mjolnir Sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun menunggu, God of War Ragnarök akhirnya akan tiba di PS4 dan PS5 esok hari pada 9 November, di mana kita dapat mengalami pengembaraan Kratos dan Atreus. Sebelum ini, Santa Monica Studio dan Sony telah mendedahkan beberapa edisi khas bagi game dan terima kasih kepada SIES, kami juga menerima satu bundle God of War Ragnarök Collector’s Edition!

Bernilai sebanyak RM839.00, God of War Ragnarok Collectors Edition telah habis dijual di hampir semua kedai Sony dan pengedar sah. Tidak hairanlah kerana kandungan yang disertakan pun menarik dan merupakan salah satu game PlayStation paling dinantikan sekarang.

Pertama sekali yang menarik perhatian saya adalah Collectors Edition Edisi mempunyai beberapa barang koleksi fizikal. Walaupun edisi ini hanya menampilkan salinan digital bagi game, tetapi Knowledge Keeper’s Shrine Box dan steelbox casing akan memastikan kandungan kita sentiasa selamat. Di samping itu, terdapat satu set Dwarven Dice dan dua Vanir Carving di dalamnya.

Replika tukul ikonik Mjolnir milik Thor boleh dikatakan adalah sorotan utama dalam God of War Ragnarok Collectors Edition. Dihasilkan dengan sangat terperinci, model ini berukuran sepanjang 16 inci. Ini bermakna ia sepatutnya memberi perasaan yang sama seperti penukul sebenar, sama seperti versi Mjolnir yang kita bakal hadapi tidak lama lagi di dalam game.

Berikut adalah isi kandungan lagi bagi God of War Ragnarok Collectors Edition:

Barangan fizikal

  • Kod baucar bercetak untuk game lengkap God of War Ragnarök di konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5
  • Steelbook Display Case (CD game tidak disertakan) – yang tertera ukiran Beruang dan Serigala untuk melambangkan Kratos dan Atreus
  • 2 Vanir Twin Carving – Dalam gaya yang sama seperti ukiran mainan kayu Huldra Brothers milik Atreus dari God of War (2018) Collector’s Edition, God of War Ragnarök Collector’s Edition melengkapkan set dengan ukiran Vanir Twins
  • Set Dwarven Dice– Set ini didatangkan dengan set dadu dengan kemasan kayu berkualiti dalam beg dadu dengan simbol Yggdrasil di bahagian luar.
  • Replika Mjölnir 16” – Replika senjata ikonik Thor yang sangat terperinci daripada God of War Ragnarök.

Barangan digital

  • Kratos Darkdale Armor
  • Atreus Darkdale Attire (kosmetik)
  • Darkdale Blades Handles untuk Blades of Chaos
  • Darkdale Axe Grip untuk Leviathan Axe
  • Digital Soundtrack rasmi God of War Ragnarök
  • Buku seni mini digital oleh Dark Horse
  • Set Avatar
  • PlayStation 4 Theme

Terima kasih kami ucapkan kepada SIES kerana memberi bundle God of War Ragnarök kepada kami! Jika berminat, korang boleh dapatkan edisi ini sekarang pada harga RM839.00!

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk sertai giveaway God of War kami melalui pautan INI, di mana korang berpeluang dapatkan pelbagai barangan edisi terhad bertemakan game ini!

Dapatkan sekarang!
God of War: Ragnarok
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Santa Monica Studio
Release Date: 2022-11-09
PlayStation 5
“Kratos dan Atreus mesti pergi ke setiap ‘Nine Realms’ untuk mencari jawapan semasa bersiap sedia untuk peperangan yang diramalkan akan menamatkan dunia. Bersama, Kratos dan Atreus harus meneroka jauh ke dalam Nine Realms untuk mencari jawapan ketika pasukan Asgardian bersedia untuk berperang. Sepanjang perjalanan, mereka akan meneroka landskap mitos yang menakjubkan, mengumpulkan sekutu dari seluruh alam dan menghadapi musuh menakutkan yang datang dalam bentuk dewa dan raksasa Norse. Apabila ancaman Ragnarok semakin hampir, Kratos dan Atreus mendapati diri mereka harus memilih antara keselamatan keluarga atau keselamatan alam…”
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God of War Ragnarok Collector's EditionGod of War: Ragnarok
Previous Post

Giveaway God of War Ragnarok – Selfie bersama Kratos & Atreus untuk menangi set barangan premium!

Next Post

TiMi Studio Group & Capcom bakal keluarkan game Monster Hunter baru untuk Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
TiMi Studio Group & Capcom bakal keluarkan game Monster Hunter baru untuk Mobile!

TiMi Studio Group & Capcom bakal keluarkan game Monster Hunter baru untuk Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd