Walaupun watak utama One Piece, Monkey D. Luffy lebih dikenali dengan topi jeraminya, dia juga mempunyai parut yang membuatkannya lebih menonjol. Dia mempunyai dua parut di badannya, satu di bawah matanya yang telah dijahit dan lagi satu adalah parut “X” yang berada di dadanya.
Parut tersebut tidak mudah disembunyikan, tetapi dalam beberapa kes asal-usulnya adalah sesuatu yang misteri dalam anime kerana sifat ganas penggambarannya. Walau bagaimanapun, dalam manga, asal-usul parut di mata Luffy telah diperkenalkan dari awal siri One Piece. Parut tidak semestinya menjadikan seseorang itu lelaki sejati, tetapi ia mampu untuk memberitahu lebih banyak perkara tentang apa seseorang itu pernah lalui.
Luffy memberi parut di bawah mata kirinya
Setelah melihat betapa seronoknya hidup sebagai seorang lanun ketika Luffy meluangkan masanya bersama Shanks dan anak kapalnya, dia telah berazam untuk menyertai mereka. Malangnya, Shanks menolaknya berulang kali kerana dia terlalu muda dan untuk membuktikan keberaniannya kepada krew Shanks, Luffy mengambil pisau dan menikam dibawah mata kirinya sendiri.
Perbuatan Luffy tersebut telah mengakibatkan parut yang pastinya membuatkan dia kelihatan seperti lanun. Walaupun ia nampak sedikit lucu, ia terbukti terlalu kejam untuk sebuah anime. Dalam manga, ini adalah detik pertama pembaca melihat aksi yang kejam selepas Gold D. Roger mencabar dunia untuk mencari hartanya ketika menerima hukuman mati.
Bagaimana Luffy dapat parut X di dadanya
Parut kedua Luffy pula ialah berbentuk “X” besar yang melecur di dadanya. Dia menerima parut ini semasa arc Marineford War, tetapi ia tidak nampak dengan lebih jelas selepas time skip. Semasa Paramount War, perasaan terkejut Luffy ketika melihat kematian abangnya, Ace, terlalu menyiksa Luffy. Dia merelakan dirinya untuk mati ditangan pembunuh abangnya, Akainu tetapi berjaya diselamatkan oleh Knight of the Sea, Jinbe. Jinbe mendukung Luffy yang tidak sedarkan diri dan membawanya pergi daripada Akainu.
Jinbe melompat ke pelabuhan Marineford tetapi Akainu berjaya mengejarnya. Akainu berjaya menembusi dada Jinbe dengan tumbukan magmanya untuk mencapai Luffy yang tidak sedarkan diri dalam pelukan Jinbe. Seperti yang dijangkakan, Jinbe juga mengalami kesakitan yang amat sangat dan magma tersebut meninggalkan kesan mendalam pada Luffy menyebabkannya menjadi parut “X”.
Jika bukan kerana Crocodile, Buggy dan lanun Whitebeard, sudah pasti Jinbe dan Luffy tidak akan selamat. Tidak lupa juga dengan kehadiran Trafalgar D. Water Law bersama anak kapalnya merawat mereka berdua sehingga pulih.
Parut mampu menceritakan kisah tentang watak melalui badan mereka sahaja. Luffy juga tidak terkecuali, parut di matanya menunjukkan keazamannya untuk menjadi lanun yang hebat, sehingga berjaya mendapat penghormatan daripada heronya, Shanks. manakala parut di dada Luffy adalah gambaran bagaimana dia dapat menyatukan orang ramai. Dia hanya bertemu dengan Jinbe dan krew Whitebeard pada hari hukuman mati Ace, tetapi pada penghujungnya, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri hanya untuk melindungi Luffy.
Ia sebenarnya adalah sesuatu yang Dracule Mihawk sudah jangkakan ketika Marineford War:
Ia bukan kuasa Devil Fruits atau tipu helah… Satu demi satu, dia (Luffy) menjadikan orang sekelilingnya sebagai sekutu. Lelaki itu (Luffy) mempunyai kuasa yang paling menakutkan.”
Jadi begitulah bagaimana Luffy mendapat parutnya. Seperti yang saya katakan, parut mampu menceritakan pelbagai perkara tentang seseorang. Apa pendapat anda tentang parut Luffy, nampak lebih menggerunkan atau lebih cool? Anda boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Untuk banyak lagi kisah tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post