Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hacker Ini Bermain Game Asli Xbox di Nintendo Switch Menggunakan Kontroller PS4!

Bunyi macam rumit, tapi ianya betul-betul berlaku!

Wakambing by Wakambing
May 7, 2019
in Artikel, Berita, PS4, Xbox One
0 0
0
Hacker Ini Bermain Game Asli Xbox di Nintendo Switch Menggunakan Kontroller PS4!
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak korang terfikir untuk bermain games Xbox asal pada Nintendo Switch? Seorang hacker yang juga mempunyai hobi untuk membangunkan sebuah game, Voxel9 mempunyai fikiran di luar kotak tersebut. Lebih terperinci lagi, hacker ini dapat menggunakan emulator XQEMU Xbox untuk berfungsi di Nintendo Switch, yang nampaknya boleh dimainkan pelbagai permainan dari sistem 2001, seperti Halo: Combat Evolved.

https://www.youtube.com/watch?v=ChRZJod_vwc

Dia berkongsi video ringkas di YouTube yang memperlihatkan urutan boot untuk Xbox, menu, dan kemudiannya memainkan game klasik sepert Halo dan Jet Set Radio Future. Emulasi ini tidaklah sebagus yang diharapkan, terutamanya dari segi frame rate, tetapi apabila masih mampu berfungsi, ianya sudah cukup baik. Kemungkinan pada masa akan datang, penambahbaikan akan berlaku. Voxel9 menggunakan versi XQEMU, iaitu satu sumber projek terbuka untuk emulasi Xbox yang masih dikembangkan dan hanya berjalan lancar di PC untuk masa kini. Ia cuba untuk meniru apa yang berlaku pada bit Xbox GP yang asal, dan hasilnya memerlukan lebih banyak masa untuk berfungsi dan dioptimumkan.

Pada description video itu, Voxel9 menulis bahawa emulator itu dijalankan di Linux, yang dipasangkan sistem hack pada Nintendo Switch, daripada sistem operasi Horizon untuk meningkatkan prestasi. Korang juga tidak dapat lihat tangannya dalam video itu kerana dia beroperasi Switch menggunakan kontroller PS4 dan bukannya Joy-Con. Ini disebabkan emulator tersebut tidak dapat mengesan Joy-Con.

Seorang pengguna reddit berkata: “Jadi, awak bermain permainan Xbox dengan kontroller PlayStation pada konsol mudah-alih Nintendo Switch ini? Apa yang sebenarnya berlaku pada dunia ini?”. Emulasi untuk konsol moden adalah masih dalam pembangunan, terutamanya untuk peranti mudah alih seperti Nintendo Switch ini. Contohnya, RetroArch masih menjalankan sistem sokongan untuk N64 emulator di Switch. Manakala emulator untuk Xbox adalah sukar untuk dioptimumkan, walaupun boleh dijalankan di PC, ianya tidak berfungsi sepenuhnya kerana sistem hardware yang terlalu rumit. Namun demikian, ianya adalah sesuatu yang mengagumkan untuk melihat Xbox games boleh dimainkan di Switch!

Sumber: Kotaku

Tags: asliemulatorgamesHackerPS4switchxbox
Previous Post

Akses Awal Dreams Universe Kini di PS Store!

Next Post

Assassin’s Creed Ragnarok: screenshot dan maklumat bocor!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Assassin’s Creed Ragnarok: screenshot dan maklumat bocor!

Assassin's Creed Ragnarok: screenshot dan maklumat bocor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd