Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Zoro, Sanji, Jinbe, siapakah orang kanan sebenar Luffy?!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 2, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Zoro, Sanji, Jinbe, siapakah orang kanan sebenar Luffy?!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tamat arc Wano, krew Luffy telah berjaya mendapat salah seorang watak yang kuat dalam dunia One Piece, iaitu Jinbe, bekas Seven Warlords of the Sea. Ketibaan Jinbe sekali lagi telah menimbulkan tanda tanya kepada peminat, siapakah orang kanan Luffy, adakah Zoro, Sanji atau Jinbe?

Kalau nak diikutkan, sudah semestinya orang kanan Luffy adalah Zoro kerana dia merupakan orang pertama yang menyertai krew Luffy. Sama seperti krew Pirate King, Gol D. Roger, ahli pertama yang menyertai Roger adalah Rayleigh.

Tapi teori ini tidak boleh diguna pakai. Sebagai contoh, orang kanan Whitebeard adalah Marco, tetapi kalau kita lihat balik dalam manga One Piece pada bab 963. Marco merupakan “apprentice” dalam krew tersebut, tetapi tidak lama kemudian dia menjadi ketua First Division untuk krew Whitebeard dan dianggap sebagai orang kanan Whitebeard.

Mungkin untuk menjadi orang kanan, individu tersebut perlu mempunyai keupayaan yang spesifik. Jadi mari saya ceritakan pendapat saya tentang orang kanan krew Straw Hat.

Roronoa Zoro

Roronoa Zoro ialah pakar dalam Three Swords Style dan berazam untuk mengalahkan Dracule Mihawk, World Strongest Swordsman. Pencipta One Piece, Eiichiro Oda sendiri telah mengesahkan bahawa Zoro adalah orang kedua terkuat dalam krew Straw Hat. Zoro sering bertindak sebagai vice-caption Straw Hat menyebabkan dia selalu dianggap orang kanan Luffy.

Zoro ialah seorang pahlawan yang cemerlang kerana mempunyai ketahanan, kelajuan dan kekuatan fizikal yang luar biasa. Dia juga pakar dalam menggunakan Armament Haki, Observation Haki dan Conqueror Haki selepas bertarung dengan King. Zoro juga berjaya untuk menggunakan tahap terkuat Conqueror Haki di mana hanya orang tertentu sahaja dapat capai tahap tersebut.

Vinsmoke Sanji

Sanji ialah tukang masak bagi krew Straw Hat. Matlamatnya adalah untuk mencari All Blue, tempat legenda di mana semua laut bergabung menjadi satu. Dia kebiasaannya bertindak secara individu dengan menggunakan kebijaksanaannya tetapi apabila di hadapan wanita, dia akan kehilangan kewarasannya. Senjata Sanji adalah kakinya dan selalunya akan berlawan dengan orang ketiga terkuat dari pihak musuh.

Sanji merupakan pakar dalam menggunakan Observation Haki. Selepas membangkitkan genetik keluarga di dalam badannya, seluruh kekuatan Sanji meningkat dan berjaya menggunakan Ifrit Jambe, tahap terbaru Diable Jambe miliknya. Dengan menggunakan kekuatan barunya, dia berjaya mengalahkan Queen, orang ketiga terkuat dalam krew Beast Pirates.

Baru-baru ini, reputasi kekuatan Sanji di kalangan peminat One Piece semakin merisaukan kerana statusnya dibayangi oleh Zoro dan Jinbe. Walaupun Sanji tidak mempunyai Conqueror Haki dan matlamat kukuh untuk dia berlawan seperti Luffy dan Zoro, spekulasi untuk dia tewas kepada Jinbe agak mengarut.

Jinbe

Jinbe ialah jurumudi krew Straw Hat dan merupakan pahlawan terbaik dalam krew ini. Dia adalah daripada kaum fishman dan dianggap sebagai orang terkuat di kalangan kaumnya. Sedangkan Yonkou terdahulu memandang tinggi tentang nilai Jinbe sebagai seorang pahlawan kerana dia merupakan bekas ketua Sun Pirates dan juga Seven Warlords of the Sea.

Jinbe ialah pengguna Armament Haki yang berpengalaman dan kuat. Dia juga merupakan pakar dalam teknik fish-man karate yang membolehkan dia mengawal dan memanipulasikan sumber air di sekelilingnya. Ketahanan dan kekuatan fizikal Jinbe sangat mengagumkan, ini kerana dia mampu bertahan daripada serangan Akainu dan juga Big Mom.

Daripada sembilan krew Straw Hat, hanya Zoro, Sanji dan Jinbe yang paling menonjol setakat ini. Ketiga-tiga mereka mampu berlawan dengan musuh berstatus All Stars dan Sweet Commander kerana mereka mempunyai keupayaan yang luar biasa. Mereka berjaya mencipta nama dan reputasi di dalam dunia One Piece untuk diri mereka sendiri.

Ketiga-tiga mereka mempunyai bounty lebih 1,000,000,000 Berri, seperti yang ditunjukkan ketika penutupan arc Wano baru-baru ini. Walaupun Jinbe telah menjadi krew Straw Hat, Sanji tetap mendapat kenaikan bounty iaitu sebanyak 1.032 bilion Berri. Diikuti dengan Jinbe sebanyak 1.1 bilion Berri dan akhir sekali adalah Zoro dengan bounty sebanyak 1.111 bilion Berri

Berdasarkan apa yang saya ceritakan di atas, bagi saya orang kanan Luffy tetap Zoro kerana dia mempunyai Conqueror Haki sama seperti Rayleigh. Zoro juga mempunyai kekuatan hampir sama dengan Luffy. Jadi apa pendapat korang, boleh berikan di ruangan komen di bawah. Anda boleh baca manga One Piece di Shonen Jump Plus.

Jika anda ingin baca banyak kali berita tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJinbemangaone pieceRoronoa ZoroStraw Hat PiratesVinsmoke Sanji
Previous Post

Pelakon The Witcher Henry Cavill berhenti jadi Geralt of Rivia — Ini punca dan sebabnya!

Next Post

Street Fighter V menampilkan pantai Malaysia dalam game, siap rumah klasik lagi!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Street Fighter V menampilkan pantai Malaysia dalam game, siap rumah klasik lagi!

Street Fighter V menampilkan pantai Malaysia dalam game, siap rumah klasik lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd