Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamer’s Hideout mengadakan God of War Ragnarok Launch Event di Sunway Pyramid, bermula 8 Nov!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2022
in Acara, Artikel, Berita, PS4, PS5, Tempatan
0 0
0
Gamer’s Hideout mengadakan God of War Ragnarok Launch Event di Sunway Pyramid, bermula 8 Nov!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan pelancaran game paling dinanti-nantikan tahun ini, Gamer’s Hideout telah bekerjasama dengan Sunway Pyramid selaku penaja tempat rasmi dan Play Interactive selaku penaja rasmi untuk menganjurkan God of War Ragnarok Launch Event. Acara ini akan berlangsung di Sunway Pyramid, LG2 Orange Avenue bermula:

  • 8 November 2022, 11.30 malam hingga 9 November 2022, 1.30 pagi untuk Midnight Launch
  • 9 November 2022 hingga 13 November 2022, 10.00 pagi hingga 10.00 malam untuk Celebration Event.

Di Midnight Launch, peminat boleh membeli dan mengutip salinan game God of War Ragnarök mereka pada 9 November 2022 12.00 pagi, serta meraikan pelancaran bersama komuniti gaming.

Peminat yang pre-order daripada Gamer’s Hideout akan menerima hadiah premium eksklusif daripada acara God of War Ragnarok, bersama dengan barang pre-order premium daripada game. Hadiah ini hanya terhad kepada 1x orang, 1x unit sahaja.

Pada masa yang sama, para hadirin boleh menantikan pelbagai aktiviti di Midnight Launch dan Celebration Event!

Pertama sekali, photo booth bertemakan God Of War Ragnarok akan tersedia sepanjang acara dan terbuka untuk semua. Best Photo Award juga dibuka, dan terhad kepada pelanggan yang membeli game daripada Gamer’s Hideout. Seorang pemenang akan dipilih dan hadiahnya ialah 1x unit Playstation DualSense – God of War Ragnarok Edition.

God of War Ragnarök Jötnar Edition juga akan dipamerkan sepanjang acara yang menunjukkan item unik yang direka oleh Santa Monica Studio. Peruntukan edisi ini sangat terhad, jadi untuk dapatkan peluang dapatkan God of War Ragnarök Jötnar Edition; setiap pelanggan akan mencabut undi dari kotak Lucky Draw untuk berpeluang membeli satu unit God of War Ragnarök Jötnar Edition. Terhad kepada 1x unit bagi setiap pelanggan.

Akhir sekali, acara akan menampilkan cosplay istimewa Kratos, sang protagonis God of War Ragnarok. Cosplayer Kratos itu akan muncul semasa Midnight Launch dan buat masa terhad semasa Celebration Event.


God of War Ragnarok akan keluar pada 9 November untuk PS4 dan PS5. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini termasuk preview awal, sila tekan pautan ini.

Tags: acaraGamer’s HideoutGod of War: Ragnaroklokal
Previous Post

Streamer mereplikasikan Yu-Gi-Oh di dunia sebenar, ada Blue Eyes White Dragon!

Next Post

Pelakon Deadpool 2, Shioli Kutsuna Akan Sertai Elle Fanning Dalam Game Terbaru Hideo Kojima!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pelakon Deadpool 2, Shioli Kutsuna Akan Sertai Elle Fanning Dalam Game Terbaru Hideo Kojima!

Pelakon Deadpool 2, Shioli Kutsuna Akan Sertai Elle Fanning Dalam Game Terbaru Hideo Kojima!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd