Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rekod demi rekod FIFA 23 telah capai — Ini adalah senarai rekodnya!

safwan by safwan
November 1, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Rekod demi rekod FIFA 23 telah capai — Ini adalah senarai rekodnya!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kita telah lihat FIFA 23 dapat memecahkan rekod dengan mengumpul sebanyak 10 juta pemain pada seminggu pertama selepas dilancarkan. Dan hari ini, menandakan hari yang ke-23 selepas pelancaran, EA Sports telah mendedahkan yang FIFA 23 telah memecahkan beberapa rekod lain lagi termasuk 1.7 bilion perlawanan telah dimainkan dan lebih 4.3 bilion gol telah dijaringkan.

Bersama-sama dengan rekod tersebut, mereka juga mendedahkan yang seramai 630,000 pemain telah memilih pemain bola sepak dari pasukan Borussia Dortmund iaitu Jude Bellingham sebagai sasaran perpindahan teratas pemain.

Dengan penambahan pengurus seperti Ted Lasso, nampaknya pemain sangat menikmati penambahan ini dan telah memenangi sebanyak 1 juta perlawanan setakat ini. Pasukan Chelsea telah menjadi pasukan bola sepak wanita paling banyak dipilih manakala untuk pasukan lelaki adalah Manchester City. Dalam masa yang sama, perlawanan diantara Manchester City bersama Paris Saint-Germain adalah yang paling popular dikalangan para pemain.

Baru sahaja 23 hari dimainkan sejak pelancaran, FIFA 23 telah mencatat lebih 4.3 bilion gol, namun penyerang mana yang sering menjaringkan gol. Berikut adalah senarai pemain dengan jaring terbanyak:

Lelaki

  1. Marcus Rashford
  2. Kylian Mbappe
  3. Darwin Nunez
  4. Erling Haaland
  5. Gabriel Jesus
  6. Arnaut Danjuma
  7. Timo Werner
  8. Cristiano Ronaldo
  9. Karim Benzema
  10. Vinicius Jr.

Perempuan

  1. Sam Kerr
  2. Fran Kirby
  3. Marie-Antoinette Katoto
  4. Vivianne Miedema
  5. Ada Hegerberg
  6. Kadidiatou Diani
  7. Beth Mead
  8. Caitlin Foord
  9. Guro Reiten
  10. Alessia Russo

Selepas menjaringkan gol, sudah pasti ramai pemain akan meraikannya. “Griddy” telah menjadi pilihan ramai pemain untuk bagi meraikan gol. Di tempat kedua adalah “Knee Slide” dan tempat ketiga adalah “Pickup the ball out of the net.”

Walaupun pada awal pelancaran FIFA 23 telah menerima banyak kritikan yang negatif, entah bagaimana masih lagi ramai pemain yang nak sangat bermain dan sekali gus mencatatkan rekod baharu bagi game ini. Apapun, teruskan bermain dan mencatat pelbagai rekod baharu lagi.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: FIFA 23Kylian MbappeMarcus Rashford
Previous Post

Barisan Game Hebat Yang Keluar Sepanjang November 2022! Ada God of War Ragnarök, Pokémon dan Banyak Lagi!

Next Post

Gotham Knights – Kisah sebenar kematian Batman!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Gotham Knights – Kisah sebenar kematian Batman!

Gotham Knights - Kisah sebenar kematian Batman!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd