Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seram, Penuh Aksi — Ini Senarai Anime Seram Yang Korang Boleh Layan Halloween Ini!

Maira by Maira
October 31, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Senarai
0 0
0
Seram, Penuh Aksi — Ini Senarai Anime Seram Yang Korang Boleh Layan Halloween Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Tengok di media sosial penuh dengan siaran berkenaan Halloween. Kami juga mempunyai beberapa anime seram yang mungkin menarik perhatian anda untuk ditonton. Tanpa membuang masa, berikut adalah beberapa anime seram yang anda boleh layan bersama rakan-rakan!

Housing Complex C

Anime ini berpusat pada Kimi, yang tinggal di kompleks perumahan kecil berkos rendah yang terletak di bandar tepi laut Kurosaki. Masalah seolah-olah mengikutinya ke mana sahaja dia pergi, dan kejadian ngeri mula berlaku. Adakah kejahatan purba mengintai penduduk Housing Complex C ?

Ajin

Manusia abadi misteri yang dikenali sebagai “Ajin” pertama kali muncul pada 17 tahun lalu di Afrika. Setelah penemuannya, mereka dilabelkan sebagai ancaman kepada manusia, kerana mereka mungkin menggunakan kuasa mereka untuk kejahatan dan tidak mampu untuk dimusnahkan. Sejak itu, setiap kali Ajin ditemui dalam masyarakat, mereka akan ditangkap dan ditahan serta-merta.

Kei Nagai ialah seorang pelajar sekolah menengah yang mengetahui serba sedikit tentang Ajin, itu pun hanya melalui berita dari semasa ke semasa. Pelajar diajar bahawa makhluk ini tidak dianggap sebagai manusia, tetapi Kei tidak begitu memberi perhatian di dalam kelas. Akibatnya, pemahamannya yang sangat kecil tentang perkara ini terbukti tidak relevan sama sekali apabila dia terselamat dari kemalangan yang sepatutnya meragut nyawanya. Dia kini telah dikenali sebagai Ajin dan melarikan diri berseorangan. Tetapi sepanjang perjalanan dia mendapati bahawa banyak sahaja Ajin di sekelilingnya.

Higurashi: When They Cry – Gou

Rika Furude dan sekumpulan rakannya tinggal di perkampungan gunung kecil Hinamizawa; pada Jun 1983, mereka mengalu-alukan pelajar baru, Keiichi Maebara menjadikannya satu-satunya budak lelaki dalam kumpulan mereka. Selepas sekolah, mereka berseronok bermain game dan menghabiskan setiap hari menjalani kehidupan mereka dengan sepenuhnya. Walaupun rutin ini kelihatan biasa, Keiichi mula perasan tingkah laku aneh daripada rakan-rakannya, yang seolah-olah menyembunyikan rahsia gelap bandar daripadanya.

Di tempat lain, ada seseorang yang melihat setiap perkara yang berlaku dan mengingatinya. Menggunakan pengetahuan tersebut, orang misteri ini memutuskan untuk membaiki dunia yang rosak itu. Walau bagaimanapun, apabila sesuatu berubah, setiap individu akan berhadapan dengan sesuatu yang mengerikan dan tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya.

Ousama Game The Animation

Berpindah ke sekolah baharu boleh menjadi sukar — lebih-lebih lagi jika anda tidak berkawan seperti Nobuaki Kanazawa. Tetapi sebab tingkah lakunya yang anti sosial menjadi jelas apabila kelasnya menerima mesej daripada seseorang yang digelar “The King.” Dalam mesej tersebut terdapat arahan untuk “King’s Game” dan semua ahli kelas mesti mengambil bahagian. Mereka yang tidak mahu bermain, berhenti separuh jalan atau tidak mengikut arahan dalam masa 24 jam akan menerima hukuman maut.

Setelah bermain game itu sebelum ini dan menyaksikan orang di sekelilingnya mati, Nobuaki cuba memberi amaran kepada rakan sekelasnya yang tidak tahu. Malangnya, mereka hanya mempercayainya selepas King’s Game mengambil korban pertamanya. Terperangkap dalam situasi yang mengerikan tanpa peluang untuk melarikan diri, Nobuaki mempunyai pilihan: menyelamatkan dirinya atau melakukan apa yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dan menyelamatkan rakan sekelasnya.


Kami ada membuat satu lagi senarai anime seram yang anda boleh tonton selain anime yang disenaraikan di atas. Untuk mendapatkan senarai anime lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: anime seramhalloween
Previous Post

Pencipta One Piece, Eiichiro Oda kahwin dengan Nami sebenar!?

Next Post

Bleach: Mengapa Shinigami & Quincy terpaksa berperang? Penjelasan sebenar!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Bleach: Mengapa Shinigami & Quincy terpaksa berperang? Penjelasan sebenar!

Bleach: Mengapa Shinigami & Quincy terpaksa berperang? Penjelasan sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd