Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview One Piece Odyssey – Info lanjut jalan cerita, penerokaan & eksplorasi [THGS 22]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2022
in Action, Adventure, Anime, Artikel, Berita, JPRG, Pameran/Expo, PC, Preview, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview One Piece Odyssey – Info lanjut jalan cerita, penerokaan & eksplorasi [THGS 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Pameran Thailand Game Show 2022 mengadakan pelbagai demo dan info bagi game terkini dan salah satu yang kami wajib cuba (diwakilkan oleh GamerWK) adalah One Piece Odyssey, JRPG terbaru berdasarkan siri manga//anime popular oleh Eiichiro Oda.

Jadi tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah preview terbaru kita untuk One Piece Odyssey di THGS 2022!

Jalan cerita

“Semasa sedang mengembara, krew Straw Hat yang diketuai oleh Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di laut. Mereka akhirnya terkandas di pulau misteri yang penuh dengan alam semula jadi di tengah-tengah ribut dan terpisah antara satu sama lain.

Kini, masing-masing memulakan perjalanan sendiri yang dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi, musuh yang kuat dan pertemuan aneh dengan penduduk tempatan pulau.”

“Bantu Luffy dan anak kapalnya untuk berlayar sekali lagi!”

Sinopsis

Pertama sekali saya perasan adalah game ini memang khusus untuk peminat One Piece. Mereka tidak menambah penjelasan bagi latar belakang setiap ahli Straw Hat; peminat hanya akan tahu mereka akan terkandas di sebuah pulau misteri dan Luffy kini harus menyelamatkan krewnya.

Ikut pendapat saya, ia lebih baik jika game menjelaskan siapakah identiti setiap ahli pada awal permainan supaya pemain yang tidak mengenali One Piece juga boleh menikmatinya.

Penerokaan

Apabila melakukan misi utama, anda terpaksa pergi ke arah yang ditetapkan, dan tidak dapat meneroka laluan lain. Jika berdegil, watak lain akan berkata “not there” di mana watak yang kita kawal pada masa itu akan berpatah balik secara automatik.

Semasa meneroka, pemain akan menemui banyak item di sekeliling peta, seperti potion dan elixir. Untuk bantu mencari sumber, anda boleh menggunakan Observation Haki, yang bertindak seperi radar/sensor.

Sistem pertempuran

Kami sudah jelaskan tentang sistem pertempuran sebelum ini di dalam artikel lama, tetapi untuk refresh ingatan semua; Odyssey memakai sistem pertempuran turn-based berdasarkan permainan kertas > batu > gunting. Dalam One Piece, watak dipecahkan kepada kategori Power>Speed>Technique.

Jika anda terlupa tentang mekanisme itu, terdapat petunjuk di sebelah ikon watak untuk ingat serangan mana yang lebih kuat atau lemah.

Jika diserang hendap oleh musuh, mekanik “Dramatic Scene” akan muncul. Jika terkena, salah satu watak akan berada dalam keadaan Stun atau Confuse dan dipisahkan dengan krew lain. Serangan musuh juga akan menjadi lebih sakit tetapi sekiranya anda menang pertarungan itu, pemain akan memperoleh lebih banyak ganjaran Exp dan Gold.

Setiap skil memerlukan jumlah TP yang berbeza bergantung pada output damage atau jika skil itu boleh mengenakan “status aliment” atau tidak.

Skil jenis jarak dekat hanya boleh mencapai musuh di sekeliling tetapi skil jenis jarak jauh boleh mencapai musuh yang jauh dan memisahkan musuh tersebut daripada kawan-kawannya.

Bonus

Untuk info semua, saya mencuba One Piece Odyssey di PS4 Pro dan visualnya masih kekal cantik, dan tajam pada 30 FPS tanpa isu “frame drop”.


Kepada yang tidak tahu, One Piece Odyssey merupakan game JRPG (bukan action adventure) yang dibangunkan oleh ILCA Inc dan Bandai Namco Entertainment yang rasmi akan dilancarkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S pada 12 Januari 2023 dan PC melalui Steam pada 13 Januari.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Thailand Game Show 2022, sila tekan pautan ini.

One Piece Odyssey
Microsoft Windows, Steam
One Piece Odyssey merupakan game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertainment.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone pieceOne Piece OdysseyPreviewThailand Game Show 2022
Previous Post

[THGS 2022] Pengalaman di booth Bandai Namco, jumpa gunpla saiz manusia!

Next Post

SEGA menubuhkan SEGA Singapore Pte. Ltd., luaskan pengaruh Asia Tenggara

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
SEGA menubuhkan SEGA Singapore Pte. Ltd., luaskan pengaruh Asia Tenggara

SEGA menubuhkan SEGA Singapore Pte. Ltd., luaskan pengaruh Asia Tenggara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd