Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Team HAQ juara MPL Malaysia S10, bakal mewakili Malaysia ke M4 bersama Todak!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 17, 2022
in Android, Berita, Esports, Fakta & Trivia, Industri, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Team HAQ juara MPL Malaysia S10, bakal mewakili Malaysia ke M4 bersama Todak!
Share on FacebookShare on Twitter

Team HAQ telah menjuarai pertandingan kejohanan MPL Malaysia musim 10 untuk Mobile Legends: Bang Bang yang telah berlangsung di Quill City Mall selepas menewaskan bekas juara MPL Malaysia musim 9 iaitu TODAK dalam format best-of-seven (BO7). Dengan kemenangan ini, mereka akan mewakili Malaysia buat pertama kali ke M4 World Championship bersama pasukan TODAK.

Ketika perlawanan di antara Team HAQ dan TODAK berlangsung, MPL musim 10 grand final telah memecahkan rekod penonton seramai 233,609 dengan peningkatan sebanyak 62.5% daripada musim lalu (143,783).

Team HAQ telah mendominasi perlawanan dengan menggunakan hero yang jarang dipilih ketika perlawanan berlangsung iaitu Eudora dan mengejutkan Todak dan para penonton lalu menamatkan permainan dengan pantas.

Kedua-dua pasukan Team HAQ dan TODAK akan mewakili Malaysia di M4 World Championship 2023 yang bakal diadakan di Jakarta, Indonesia pada 1 – 15 Januari 2023. Ini merupakan kali pertama buat Team HAQ menyertai M4 World Championship.

Berikut adalah senarai pasukan dan ahli Team HAQ dan TODAK:

  • Team HAQ
    • Pabz (Coach)
    • Adeen (Analyst)
    • Minnn (Roamer)
    • Mannn (Mid Lane)
    • Garyy (Jungler)
    • Lolla (EXP Lane)
    • Panda (Gold Lane)
    • Waff. (EXP Lane)
    • Syamskyyy (Mid Lane)
  • TODAK
    • Ashi (Manager)
    • Ajim (Coach)
    • Eone (Analyst)
    • Yumskie (Roamer)
    • 4Meyz (EXP Lane)
    • Momo (Mid Lane)
    • Moon (Mid Lane)
    • CikuGas (Gold Lane)
    • Rival (Jungler)

Bekas pemain Orange Esports, Garyy, Minn dan Mann kini kembali lebih kuat ke Team HAQ. Walaupun mereka tidak menghadapi sebarang masalah ketika pusingan kelayakan, pasukan itu tersandung sedikit semasa Regular Season kerana kurang pengalaman untuk mengetuai sewaktu late game. Kisah mereka berubah semasa Playoff, dan membuat kejutan untuk diri mereka sendiri dengan mencipta keajaiban untuk mendapatkan tempat dalam Kejohanan Dunia M4.

Untuk pengetahuan anda, MPL Malaysia telah menerima gelaran ‘longest-running esports tournament’ daripada Malaysia Book of Record yang telah di anugerahkan semasa majlis penyampaian hadiah. Ini kerana MPL Malaysia telah berlangsung sejak 2017 sehingga sekarang.

Tahniah sekali lagi kepada Team HAQ kerana telah menjadi juara untuk MPL Malaysia musim 10 ini. Mari kita sama-sama menyokong pasukan Malaysia, Team HAQ dan TODAK yang akan menyertai kejohanan dunia M4 yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1 – 15 Januari 2023. Majulah sukan untuk negara.

Untuk lebih banyak lagi berita menarik tentang Mobile Legends, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Legends: Bang BangMPL MalaysiaTeam HAQ
Previous Post

The Nun 2 mulakan penggambaran, bakal tiba di pawagam pada 8 September 2023!

Next Post

“Dota 2 SEA Server” ada edisi TI 11, lagu penuh kata kesat oleh gadis Jepun!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Dota 2 SEA Server” ada edisi TI 11, lagu penuh kata kesat oleh gadis Jepun!

"Dota 2 SEA Server" ada edisi TI 11, lagu penuh kata kesat oleh gadis Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd