Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Centre Mid Valley buka pre-order PS5 bagi Oktober 2022! Kini RM2499!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2022
in Artikel, Berita, PS5, Tempatan
0 0
0
Sony Centre Mid Valley buka pre-order PS5 bagi Oktober 2022! Kini RM2499!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre order untuk PS5 dibuka sekali lagi bagi gamer yang ingin mencuba nasib mendapatkan konsol terkini PlayStation! Di sini, Sony Centre Mid Valley telah membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib pre-order konsol PS5 pada bulan Oktober 2022. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 14 Oktober sehingga 16 Oktober jam 5 petang.

Cuma, borang kali ini sudah dikemas kini dengan harga baru konsol PS5 berikutan inflasi dunia. Kini harga pasaran bermula adalah RM 2499 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Buat sesiapa yang ingin membeli PS5 dengan DualSense tambahan, ia dijual pada harga RM2,848.

Lebih menarik sekali, pre-order kali ini juga datang dengan bundle game Horizon Forbidden West. Bundle itu pula dijual bermula harga RM 2719 dan jika korang menambah DualSense, ia akan berharga RM3068.

Malangnya, PS5 versi digital tidak dijual kali ini.

Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:

Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya FIFA 23, SD GUNDAM BATTLE ALLIANCE, THE LAST OF US PART 1 yang baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote, console cover dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.

Anda juga boleh melanggan PS Plus melalui borang dalam talian tersebut. Kalau rasa storan PS5 tidak mencukupi, anda juga boleh menambahnya. Terdapat dua pilihan NVMe M.2 SSD tersedia iaitu 1TB (RM 749) dan 2 TB (RM 1299).

Kesemua aksesori yang tersedia juga akan dijual selagi stok masih ada. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini, bolehlah isi borang ini pre-order untuk Oktober 2022. Mungkin anda pula yang bertuah untuk mendapatkannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pre-Orderps5Sony Centre Mid Valley
Previous Post

[Pandangan Pertama] Street Fighter 6 Closed Beta – Perlawanan yang lebih “beginner friendly”!

Next Post

Main Dota 2 Dengan Secretlab The International 11 Edition Serba Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Main Dota 2 Dengan Secretlab The International 11 Edition Serba Baharu!

Main Dota 2 Dengan Secretlab The International 11 Edition Serba Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd