Daripada kerjasama besar-besaran bersama King of Fighters sehingga Sanrio yang comel pada awal tahun ini, kini Mobile Legends: Bang Bang telah mengumumkan kolaborasi terbaru mereka iaitu Saint Seiya. Mobile Legends: Bang Bang x Saint Seiya akan berlangsung pada 24 Oktober 2022 hingga 23 November 2022.
Menurut trailer tersebut, hanya beberapa hero sahaja yang akan mendapat skin eksklusif ini termasuk Badang sebagai Pegasus Seiya, Chou sebagai Dragon Shiryu dan Valir sebagai Phoenix Ikki. Ini adalah barisan pertama untuk kolaborasi mereka dan kita boleh jangkakan untuk hero lain juga akan mendapat skin Saint Seiya pada masa akan datang.
Selain daripada efek skill yang baru, ia juga didatangi dengan icon skill, recall animation dan idle animation khas untuk skin ini. Bukan itu sahaja, Moonton juga telah menyediakan Battle Emote yang comel berdasarkan watak anime di dalam acara khas kali ini.

Sebelum ini, mereka telah bekerjasama dengan King of Fighters yang menampilkan 6 skin berbeza untuk beberapa hero tertentu iaitu Karina sebagai Leona, Chou sebagai Iori Yagami, Guinevere sebagai Athena Asamiya, Aurora sebagai Kula Diamond, Gusion sebagai K’ dan Dyroth sebagai Orochi Chris.
Kalau korang ingin tahu, manga Saint Seiya dikeluarkan buat kali pertama pada tahun 1986. Kisah manga ini menceritakan seorang lelaki bernama Seiya yang berusaha untuk mencari kakaknya yang hilang. Dia juga ditugaskan untuk mencari kain yang dipakai oleh sekumpulan pahlawan yang dipanggil Saints, tentera Greek Goddess Athena.

Setakat ini masih tiada khabar berita bagaimana acara khas ini akan berlangsung, tetapi kalau mengikut acara khas di Advance Server, ia seperti ketika acara khas Kung Fu Panda berlangsung di server original.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang dan Saint Seiya akan berlangsung pada 24 Oktober 2022 hingga 23 November 2022. Apa pendapat korang dengan kolaborasi ini? Sudah tentu peminat anime lama rasa amat teruja dengan perkara ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Mobile Legends, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post