Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Halloween Ends [Review Tanpa Spoiler] — Haddonfield Kembali Dihantui “Michael Myers”

Maira by Maira
October 14, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Halloween Ends [Review Tanpa Spoiler] — Haddonfield Kembali Dihantui “Michael Myers”
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah setahun, akhirnya filem terakhir untuk trilogi reboot Halloween tiba juga di pawagam. Kalau anda ingin tahu, Halloween Ends ini akan menyambung filem sebelumnya, Halloween Kills. Kami ada membuat review untuk filem tersebut sebelum ini. Memandangkan kami agak kecewa dengan filem sebelumnya, sudah tentu kami berharap agar filem terakhir ini boleh memberikan sesuatu yang lebih bagus. Jadi tanpa membuang masa, jom kita teruskan dengan review untuk Halloween Ends pula!

Plot

Tidak seperti Halloween Kills, dalam filem terbaru ini, banyak juga idea menarik yang dipaparkan. Tetapi dengan terlampau banyak drama serta benda aneh dalam Halloween Ends membuatkan kami sedikit keliru.

Pada mulanya, kami ingat bahawa kita akan melihat pertarungan terakhir antara Laurie dan Michael Myers, tetapi sebaliknya pula yang ditayangkan dalam filem. Malah f watak fokus filem bukanlah mereka berdua tetapi Alysson, cucu perempuan Laurie dan watak terbaru, Corey. Walaupun begitu, anda masih akan melihat kedua watak-watak itu berdepan antara satu lain, tetapi bukan sebagai tumpuan utama filem.

Nak cerita lebih nanti terbagi lebih spoiler pula. Jadi kalau anda ingin tahu apa yang terjadi, kenalah tengok di pawagam nanti.

Persembahan pelakon

Pada pendapat kami, persembahan daripada pelakon yang membuatkan filem ini sedikit seronok untuk ditonton. Terutamanya, Jamie Lee Curtis, Andi Matichak dan Rohan Campbell. Masing-masing membawa watak mereka dengan hebat dalam segala drama dan konflik yang berlaku sepanjang filem.

Tetapi itulah, kalau skripnya ditulis dengan baik, mungkin filem ini boleh jadi sesuatu yang lebih menarik untuk ditonton tanpa segala elemen drama yang berlebihan dan tumpu pada masalah utama di bandar Haddonfield. Memang kerja yang bagus diberikan oleh kesemua pelakon!

Visual dan Muzik

Kalau ada sesuatu yang kami sukakan dalam Halloween Ends selain persembahan pelakonnya, ialah setiap pembunuhan yang dilakukan lebih menarik berbanding filem terdahulu. Bukan selalu anda boleh lihat gabungan serangan malah penggunaan alat pembunuhan baharu yang lebih kreatif.

Ditambah pula dengan skor muzik yang hebat daripada John Carpenter, setiap babak boleh membuatkan penonton merasai ketakutan yang menyelubungi bandar Haddonfield.

Kesimpulan

Walaupun plotnya tidaklah begitu memuaskan, tetapi kami faham idea yang ingin disampaikan. Lebih-lebih lagi dengan mesej yang disampaikan sendiri oleh watak utama. Anda juga akan melihat bagaimana setiap watak cuba menyembuhkan trauma dalam diri mereka.

Dengan rentak penceritaan yang aneh serta penulisan cerita yang lemah, memang susah untuk kami syorkan filem ini untuk ditonton. Melainkan anda teringin sangat untuk ketahui pengakhiran trilogi ini atau peminat tegar francais, bolehlah beli tiket wayang selepas ini.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi.

The Review

Halloween Ends

4 Score

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: halloweenHalloween EndsReview Filem
Previous Post

World of Warcraft: Dragonflight — Kenali Sistem Baru Bersama Brian Holinka dan Crash Reed

Next Post

Acara Esports Tidak Akan Tampil Dalam Sukan Komanwel 2026!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Acara Esports Tidak Akan Tampil Dalam Sukan Komanwel 2026!

Acara Esports Tidak Akan Tampil Dalam Sukan Komanwel 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd