Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Walaupun ramai mengadu, FIFA 23 raih lebih 10 juta pemain dalam masa seminggu

safwan by safwan
October 13, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Origin, PS4, PS5, Simulator, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Walaupun ramai mengadu, FIFA 23 raih lebih 10 juta pemain dalam masa seminggu
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, FIFA 23 telah dilancarkan dan pemain yang mengadu tentang bug, mekanik dan sebagainya sehingga rating yang diberikan di Metacritic di bawah 2.5. Di sebalik masalah tersebut, FIFA 23 telah meraih satu kejayaan baharu di mana lebih daripada 10 juta pemain telah mula bermain dalam minggu pertama sahaja.

Jika dibandingkan dengan FIFA 22 pada tahun lepas, mereka hanya mampu menarik seramai 9.1 juta sahaja dalam masa sepuluh hari. Ini bermakna, FIFA 23 telah mencipta sejarah baharu dalam francais ini.

Menurut EA, FIFA 23 adalah pelancaran terbesar yang pernah dilakukan dalam francais EA Sports. Walaupun ia adalah game terakhir EA bekerjasama dengan pihak FIFA, banyak yang perlu mereka lakukan sebelum beralih ke francais bola sepak baharu.

Sambutan daripada peminat kami sangat luar biasa, dan kami teruja kerana komuniti kami bermain dengan pemain dan pasukan kegemaran mereka di seluruh FIFA 23 dalam jumlah rekod. Dengan kedua-dua Piala Dunia Lelaki dan Wanita, dan kemas kini menarik kepada kandungan bola sepak kelab wanita kami dalam game masih lagi akan datang, kami baru mula menyediakan pemain dengan pengalaman yang paling asli dan menyeronokkan lagi.

Menurut Nick Wlodyka, SVP, GM EA SPORTS FC.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, FIFA 23 adalah game terakhir EA Sports bekerjasama dengan FIFA. Walaupun begitu, EA masih dapat mengekalkan lesen mereka di mana ia merangkumi 300 rakan kongsi, 19, 000 pemain, 700 pasukan, 100 stadium dan 30 liga di seluruh dunia termasuk “UEFA Champions League, UEFA Europa League, UEFA Europa Conference League, CONMEBOL Libertadores, CONMEBOL Sudamericana, Premier League, LaLiga Santander, Bundesliga, Ligue 1, dan Serie A.”

Selepas mendengar berita ini, apa pendapat korang tentang FIFA 23 yang telah mempunyai lebih 10 juta pemain dalam masa seminggu selepas dilancarkan? Kongsikan pendapat di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai FIFA 23, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FIFA 23
Previous Post

PlayStation Plus: Katalog game PS5, PS4 & game klasik untuk Oktober 2022!

Next Post

Pencipta Yu-Gi-Oh mati lemas kerana ingin menyelamatkan orang, kisah sebalik kematian Kazuki Takahashi

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pencipta Yu-Gi-Oh mati lemas kerana ingin menyelamatkan orang, kisah sebalik kematian Kazuki Takahashi

Pencipta Yu-Gi-Oh mati lemas kerana ingin menyelamatkan orang, kisah sebalik kematian Kazuki Takahashi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd