Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Secretlab Titan EVO 2022 tampil dengan koleksi Naruto Shippuden, kerusi anime eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Produk, Teknologi
0 0
0
Secretlab Titan EVO 2022 tampil dengan koleksi Naruto Shippuden, kerusi anime eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita tergempar untuk peminat anime kerana Secretlab dengan kerjasama VIZ Media telah mengumumkan “Secretlab Naruto Shippuden Collection, yang dicipta khas untuk kerusi Titan EVO 2022! Sepatutnya dilancarkan pada 10 Oktober (hari lahir Naruto Uzumaki) dan sempena ulang tahun ke-20 siri anime, koleksi ini memang tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat Naruto.

Untuk koleksi premium ini, Secretlab membawakan pengalaman ergonomik terkenal mereka kepada peminat anime di seluruh dunia. Tersedia dalam saiz S, R dan XL, Koleksi Naruto Shippuden menggabungkan ciri-ciri canggih Secretlab TITAN Evo 2022 yang dilengkapi dengan fabrik Secretlab SoftWeave Plus bersama visual/elemen daripada francais Naruto.

Secretlab TITAN Evo 2022 Naruto Edition

Diinspirasikan oleh watak utama siri, Secretlab TITAN Evo 2022 Naruto Edition dihiasi warna oren, hitam dan putih yang menandakan warna ikonik wira kita semasa Shippuden.

Bukan itu sahaja, kerusi ini juga mempunyai tanda Hakke no Fūin Shiki di belakang, iaitu sumpahan Musang Ekor Sembilan aka Kyubi di dalam Naruto.

Magatama di sisi kerusi mewakili Naruto dalam mode “Nine Tails Chakra Mode” di mana dia menggunakan kuasa bijuu itu di penghujung siri Shipudden.

Pada masa yang sama, kita juga dapat melihat pengikat kepala -yang dipakai oleh semua ninja Konoha untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada kampung mereka- ditertera di belakang kerusi, untuk memberi identiti istimewa.

Secretlab TITAN Evo 2022 Akatsuki Edition

Pelindung dahi yang sama dipaparkan pada Secretlab TITAN Evo 2022 Akatsuki Edition tetapi dengan logo yang dihiris, untuk mewakili hubungan ahli Akatsuki yang terputus dengan kampung masing-masing.

Simbol awan merah Akatsuki yang ikonik disulam pada bahagian depan dan belakang kerusi, manakala bahagian sisi menampilkan corak merah.

“Naruto bukan sekadar anime sahaja – ia adalah klasik yang mentakrifkan zaman-zaman remaja untuk ramai orang, termasuk pasukan kami. Sungguh luar biasa kerana kita kini dapat meletakkan elemen autentik Naruto pada kerusi dengan unsur simbolik daripada anime.

Peminat pasti berbangga untuk menambahkannya ke koleksi Naruto mereka.”

Kata Alaric Choo, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Strategi di Secretlab:

“Secretlab mempunyai kebolehan untuk menangkap elemen paling ikonik bagi setiap rakan kongsi yang mereka bekerjasama dan menterjemahkannya ke dalam ciri unik di kerusi gaming.

Mereka sekali lagi berjaya mencipta sesuatu yang tulen kepada Naruto Shippuden dengan kolaborasi ini, terutamanya dengan pengikat kepala shinobi yang disematkan ke dalam kerusi — ia pastinya harus dimiliki oleh semua peminat.”

Laura Takaragawa, Naib Presiden Produk Pengguna di VIZ Media berkata:

Malangnya, kita tidak tahu jika kerusi gaming akan dilancarkan di Malaysia atau tidak. Mudahan-mudahan Secretlab bertimbang rasa untuk menjual Naruto Shippuden Collection kerana ramai sangat peminat Naruto di negara kita.

Untuk maklumat lanjut tentang produk di atas, sila tekan pautan ini.

Tags: Gaming chairnarutonaruto shippudenSecretlab
Previous Post

Overwatch 2 bagi skin legendary percuma, Ini cara-cara dapatkan Cursed Captain Reaper!

Next Post

[gamescom Asia 2022] Against the Storm – Akses awal bakal bermula pada 1 November 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
[gamescom Asia 2022] Against the Storm – Akses awal bakal bermula pada 1 November 2022!

[gamescom Asia 2022] Against the Storm - Akses awal bakal bermula pada 1 November 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd