Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ASUS Vivobook 15X OLED – Paparan skrin OLED yang mewarnai kehidupan!

safwan by safwan
October 12, 2022
in Artikel, Berita, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] ASUS Vivobook 15X OLED – Paparan skrin OLED yang mewarnai kehidupan!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan pelancaran ASUS Vivobook 15X OLED pada bulan Ogos yang lepas, kami telah diberi peluang untuk mencuba laptop ini. Dengan paparan yang disediakan adalah OLED bersama gamut warna 100% DCI-P3, sudah pasti ramai yang ingin tahu sama ada paparan yang diberikan itu memuaskan hati atau tidak. Betul tidak?

Untuk menjawab persoalan tersebut, mari kita sama-sama merungkaikan sebalik misteri ASUS Vivobook 15X OLED.

Reka Bentuk dan I/O Port

ASUS Vivobook 15X OLED didatangkan dengan design yang sangat ringkas dengan menampilkan warna “Quite Blue” yang cantik. Tambah pula dengan “matte finish”, ia nampak sangat premium dan sekali gus tidak dapat meninggalkan kesan cap jari pada laptop ini. Hampir keseluruhan badan laptop ini diperbuat daripada “polycarbonate” untuk mengurangkan kos.

Manakala “lid” laptop ini pula diperbuat daripada aluminium ringan untuk tahan lasak dan belakangnya berwarna biru gelap bersama logo ASUS Vivobook berwarna putih. Secara keseluruhan, design yang ditampilkan nampak ringkas dan sesuai untuk kegunaan dalam persekitaran korporat, tempat awam dan di mana-mana sahaja.

Saya boleh katakan saiz Vivobook 15X OLED adalah lebih kurang sama seperti laptop lain yang sedang berada di pasaran sekarang di mana ia didatangkan dengan ukuran 35.68cm x 22.76cm x 1.99cm dan beratnya pula adalah hanya 1.70Kg sahaja. Dengan berat dan saiznya yang tidak begitu berat dan besar, ia sangat sesuai digunakan bukan sahaja kegunaan harian tetapi semasa melancong pun boleh.

Apa yang menariknya tentang Vivobook 15X OLED adalah ia boleh dibuka sehingga 180o. Malang sekali, ia tidak boleh dibuka dengan satu tangan kerana “hinge” yang disertakan pada laptop ini sangat ketat. Seperti biasa, webcam yang disediakan terletak pada atas skrin dan kualitinya pula adalah 720p HD sahaja. Kalau korang tidak suka webcam yang terbuka, korang boleh tutup dengan menggunakan “Privacy Shutter” yang disediakan.

Buat masa sekarang, saya tidak pernah nampak lagi mana-mana syarikat pembuat laptop menyertakan ciri-ciri seperti ini pada webcam mereka. Ini menjadi satu kelebihan kepada ASUS Vivobook 15X OLED.

Bergerak ke I/O port. Di sebelah kiri, anda mempunyai 1x USB 2.0 Type-A. Manakala di sebelah kanan terdapat 1x DC-in, 1x HDMI 1.4, 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C dan 1x Combo Audio Jack 3.5mm.

Paparan

ASUS Vivobook 15X OLED dilengkapi dengan paparan OLED yang meliputi gamut warna DCI-P3 penuh 100% dengan pengesahan Pantone. Tambah pula dengan VESA HDR True Black 500 yang membuatkan warna hitam dipaparkan adalah pekat, ia dapat menghasilkan warna yang cantik dan sudah pasti akan terpegun semasa menggunakannya.

Selain dapat memaparkan warna yang sangat cantik, resolusi laptop ini didatangkan dengan 2.8K (2880 x 1620) dan saiz skrin sebesar 15.6 inci. Ini bukan sahaja dapat menghasilkan warna yang cantik malah kualiti yang sangat baik. Walaupun laptop ini bukan direka khas untuk gaming, ia tetap menyokong refresh rate sehingga 120Hz dan response time 0.2ms.

Dengan ciri-ciri yang saya sebutkan di atas, ia sudah cukup untuk memberikan anda gambaran betapa hebatnya paparan yang telah ASUS sediakan untuk para pengguna mereka nikmati semasa menggunakannya. Apa yang saya boleh katakan, ia sangat sesuai digunakan untuk para “content creator” yang membuat pelbagai kandungan dengan menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator, After Effect dan banyak lagi.

Semasa saya menghidupkannya buat kali pertama, saya sebenarnya rasa kagum dengan warna yang dipaparkan kerana warnanya sangat menyerlah dan sangat tepat. Ini bukan sahaja untuk digunakan untuk membuat kerja, malah ia juga dapat memberikan keseronokan semasa menonton anime, filem dan banyak lagi.

Sebelum saya tertinggal, lebih baik saya beritahu di sini. Untuk memastikan keselesaan mata semasa sesi tontonan yang panjang, ASUS menyediakan “TÜV Rheinland low blue-light” pada paparannya. Ini membuatkan laptop ini mempunyai banyak kelebihan pada paparannya.

Keyboard & Touchpad

ASUS Vivobook 15X OLED

Bergerak pada keyboard, ia didatangkan dengan saiz penuh siap dengan numpad tau. Jadi, korang tidak perlu gunakan “function key” untuk menggunakan numpad. Keyboard yang disediakan oleh ASUS ini mempunyai “backlit light” yang berwarna putih. Malangnya, warna lampu itu tidak boleh diubah.

Melalui pengalaman menaip semasa menggunakan keyboard ini, saya dapat rasa ia telah dibuat dengan baik. Saya juga dapat menaip dengan sangat baik tanpa melakukan banyak kesalahan. Pada pendapat saya, jarak antara setiap kekunci ini adalah baik dan mudah disesuaikan.

ASUS Vivobook 15X OLED

Manakala untuk touchpad, ia didatangkan dengan saiz besar dan lebar. Ia juga dilengkapi dengan pembaca cap jari di sudut kanan atas. Untuk prestasi touchpad, ia sesuai untuk kegunaan harian. Semasa menggunakan keyboard, tapak tangan anda akan sentiasa berada pada touchpad. Namun, ia langsung tidak mengganggu semasa saya melakukan kerja. Elok juga ciri-ciri ini didatangkan padanya, jika tidak habis semua kerja terganggu.

Prestasi & Benchmark

ASUS Vivobook 15X OLED

ASUS Vivobook 15X OLED dikuasakan oleh AMD Ryzen 5 5600H bersama Graphic Card Intergrated AMD Radeon. RAM yang disediakan pula hanya 8GB sahaja tetapi jika korang nak upgrade lebih tinggi, mereka menyediakan satu slot ekstra yang menyokong DDR4 SO-DIMM.

Manakala untuk storan pula, mereka menyediakan SSD ultrafast 512GB PCIe 3.0 di mana ia merupakan SSD yang paling laju buat masa sekarang. Dengan mendapat jenis SSD yang paling laju buat masa sekarang, anda boleh membuka laptop ini sepantas kilat, memindahkan fail dan membuat kerja yang sangat banyak tanpa sebarang masalah.

Spesifikasi yang disediakan oleh ASUS cukup untuk membuat kerja seperti menyunting gambar, video dan juga bermain game. Berikut adalah benchmark yang dijalankan:

3DMark – 6821

ASUS Vivobook 15X OLED

PC Mark 10 – 5006

ASUS Vivobook 15X OLED

Pengalaman bermain

Walaupun ia tidak dibangunkan untuk bermain game, saya tetap mencubanya. Game yang saya mainkan semasa menggunakan laptop ini adalah Gundam Evolution, Valorant dan juga Genshin Impact. Memandangkan Vivobook 15X OLED tidak mempunyai graphic card dedicated dan mempunyai RAM yang terhad, saya memilih untuk tidak bermain game AAA seperti God of War dan lain-lain.

Untuk pengetahuan korang, semua game yang saya mainkan menggunakan setting paling rendah dan menukar resolusi kepada 1080. Hal ini kerana, saya telah mencuba bermain dengan setting yang paling tinggi setiap game tawarkan, tetapi hasil yang diberikan adalah tidak elok.

Valorant

ASUS Vivobook 15X OLED

Saya cuba bermain dengan setting tertinggi dan ia tidak mencapai sekurang-kurangnya 30 FPS semasa d bermain. Tetapi apabila saya cuba meletakkannya pada setting terendah, game boleh dimainkan dengan sangat lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Gundam Evolution

ASUS Vivobook 15X OLED

Untuk Gundam, saya bermain dengan tetapan paling rendah dan ia membuatkan saya terkejut kerana Gundam Evolution dapat bermain dengan sangat lancar pada 50-60 FPS tanpa sebarang situasi huru-hara. Apabila saya menukar kepada grafik yang tertinggi, FPS yang saya dapat tidak begitu mengagumkan kerana ia di bawah 10FPS sahaja.

Genshin Impact

ASUS Vivobook 15X OLED

Walaupun saya mendapat sekitar 20-40 FPS, ia terasa begitu lancar dan saya tidak menghadapi masalah apabila bermain pada grafik paling rendah. Apabila mengubah kepada tetapan tertinggi, ia “lag” dan mendapat di bawah 10 FPS.

Hayat Bateri

ASUS Vivobook 15X OLED

Bateri yang disediakan pada laptop ini adalah 70WHr dan saya rasa ia cukup besar untuk anda kekal produktif di mana sahaja anda berada. Jadi saya cuba menonton YouTube dan anime selama 2 jam semasa bateri 100%. Dan selepas 2 jam, bateri yang tinggal sebanyak 75%.

Sila ingat laptop ini menggunakan paparan skrin OLED dan Ryzen 5. Menggabungkan kedua-dua perkakasan berkuasa sedemikian, komputer riba hanya boleh bertahan kira-kira 6-8 jam secara purata. Selain itu, OLED menggunakan bateri dengan cara yang berbeza berbanding dengan skrin LCD dengan “backlit light” LED.

Audio

ASUS Vivobook 15X OLED

Bagi sistem audionya pula, ia dikuasakan oleh ASUS SonicMaster. Ia merupakan ciri-ciri yang menggabungkan “hardware, software” dan “audio tuning.”

Dengan “amplifier, speaker” dan “resonance chamber” yang dipasangkan bersama-sama dengan professional-grade audio code dan signal processing, ia boleh membantu anda mencapai bunyi yang benar-benar menyeronokkan.

Semasa menonton YouTube dan anime dengan volume 100%, saya rasa audio yang dihasilkan bunyi begitu kuat dan dalam masa yang sama , ia masih selesa untuk didengari. Dari apa yang saya dengar, saya tidak perasan ada bunyi pelik atau pecah yang datang dari speaker.

Kesimpulan

ASUS Vivobook 15X OLED

Dengan gabungan processor AMD Ryzen 5 5600 H dan paparan skrin OLED, saya rasa laptop ini cukup bagus untuk anda melakukan kerja-kerja penyuntingan dan juga bermain game. Selain itu, komputer riba ini mempunyai gamut warna 100% DCI-P3 dan VESA DisplayHDR True Black 500 dengan kadar penyegaran 120Hz, ia menjadikan laptop ini lebih cemerlang daripada mana-mana laptop lain yang berada di pasaran sekarang.

Bercakap mengenai harga, ASUS Vivobook 15X OLED telah pun tersedia di Malaysia dan boleh didapatkan pada harga RM 3,299 untuk varian ini. Varian lain yang didatangkan dengan Ryzen 7 pula ialah RM3,699.

Spesifikasi penuh ASUS Vivobook 15X OLED boleh didapatkan di sini. Untuk mendapatkan lebih banyak review berkenaan laptop, game dan filem, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusASUS Vivobook 15X OLED
Previous Post

Lawatan Menarik Penuh Nostalgia Di HQ SEGA! Tempat Lahirnya Watak Ikonik, Sonic The Hedgehog!

Next Post

ASUS umum Vivobook 16X CPU AMD Ryzen 5000, harga adalah RM 2999!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
ASUS umum Vivobook 16X CPU AMD Ryzen 5000, harga adalah RM 2999!

ASUS umum Vivobook 16X CPU AMD Ryzen 5000, harga adalah RM 2999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd