Bermulanya 4 Oktober, LEVEL UP KL 2022 telah pun bermula. Ia merupakan acara persidangan developer game Asia Tenggara ini bertujuan untuk memperkasa industri game Malaysia ke arah menjadi “gaming hub” serantau. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Dengan kembalinya format fizikal, mereka telah menjemput seramai 80 orang ceramah, lebih 100 peserta pameran dari seluruh dunia dan 1,500 peserta telah menyertai acara tahunan ini.

Dalam acara Level Up KL 2022, MDEC bersedia untuk membuat beberapa pengumuman penting berikutan dengan tujuan utama mereka seperti:
- MDEC akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nine66, sebuah syarikat game yang berpangkalan di Arab Saudi, untuk meneroka dan mempromosikan kerjasama dalam development game antara Malaysia dan Arab Saudi. Ini termasuk menyediakan peluang latihan industri ke luar negara meningkatkan kemahiran mereka.
- MDEC akan menandatangani MoU dengan studio permainan tempatan, Magnus Games Studio untuk mempromosikan inisiatif dan projek Mataverse. MDEC juga akan bekerjasama dengan Magnus Games Studio pada Malaysia Digital Content Festival 2022 (MYDCF) yang akan datang, di mana Magnus Games akan menyokong pemasaran dan promosi MYDCF pada platform metaverse mereka.
- MDEC juga akan menandatangani MoU dengan SEA Gamer Mall (SEAGM) untuk melancarkan Malaysia Game Fest (MGF). Dipandu oleh MDEC, MGF bertujuan untuk mempromosikan produk game tempatan dan meningkatkan komersialisasi IP dengan memanfaatkan rakan kongsi platform Asia Tenggaranya. Kempen tiga bulan itu akan bermula pada Oktober dan berakhir pada Disember 2022.

Dengan peredaran zaman yang berubah ke arah teknologi moden, industri game telah menjadi salah satu industri paling pesat berkembang di Malaysia. Menurut PWC Global Entertainment & Media Outlook 2019-2023, pasaran game menjana pendapatan sebanyak AS$214.2 bilion pada 2021 dengan ramalan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 8.4 peratus dan mencecah AS$321.1 bilion menjelang 2026.

Untuk terus menyokong kedudukan Malaysia sebagai hub serantau, Level Up KL 2022 dapat mewujudkan ekosistem kandungan digital yang berdaya saing di peringkat global. Dengan usaha ini, kerajaan dapat memangkin industri game dengan menyokong ekosistem kepada developer dan penerbit game.
Dalam masa yang sama, dapat mendedahkan dan mewujudkan kesedaran tentang game baharu dengan menyediakan platform untuk komuniti.
Level Up KL 2022 telah bermula dari 4 Oktober dan akan tamat pada 7 Oktober 2022. Acara ini telah dianjurkan oleh MDEC di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Level Up KL 2022, sila klik sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post