Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Cyberpunk 2077 diumumkan, dipanggil “Project Orion”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game, Open World
0 0
0
Sekuel Cyberpunk 2077 diumumkan, dipanggil “Project Orion”
Share on FacebookShare on Twitter

Pencipta Cyberpunk 2077 CD Projekt RED nampaknya sedang mengusahakan sekuel kepada game Cyberpunk yang dirujuk sebagai “Project Orion”!

Projek Cyberpunk baharu ini datang melalui pengumuman mengejut daripada acara pelabur CD Projekt di mana mereka cukup-cukup berkongsi maklumat penting untuk mengesahkan kewujudan projek dan dirujuk sebagai sekuel rasmi kepada game pertama. Sudah belajar daripada kesilapan, projek ini tidak akan diuruskan oleh studio lain di mana CD Projekt Red sebagai pencipta akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Orion is a codename for our next Cyberpunk game, which will take the Cyberpunk franchise further and continue harnessing the potential of this dark future universe. pic.twitter.com/JoVbCf6jYZ

— CD PROJEKT RED (@CDPROJEKTRED) October 4, 2022

Maklumat ini asalnya datang daripada akaun Twitter CD Projekt yang memuat naik slide daripada pembentangan mengenai Projek Orion. Seperti saya kata tadi, slide ini pun tidak mengandungi maklumat yang banyak dan hanya sebuah pengesahan tentang kewujudan projek.

“Orion ialah nama kod untuk permainan Cyberpunk kami yang seterusnya, yang akan membawa francais Cyberpunk lebih jauh sambil terus memanfaatkan potensi daripada alam masa depan yang gelap ini.”

Malangnya, mereka juga tidak mengumumkan bila atau di platform mana game ini akan dikeluarkan.

Baru-baru ini, Cyberpunk 2077 menemui kejayaan besar berkat Cyberpunk: Edgerunners, siri anime baharu yang mula muncul di Netflix pada minggu lepas.

Walaupun Cyberpunk merupakan IP yang cukup terkenal sebelum keluaran Edgerunners, anime baharu ini membawa perspektif yang lebih unik dan menarik berbanding permainan video kerana penglibatan Studio Trigger, yang terkenal kerana menghasilkan Kill la Kill, SSS. Gridman, Darling in the Franxx, dan anime hebat lain.

Moga-moga, CD Projekt Red tidak mengulang kesilapan lama Cyberpunk 2077 semasa menghasilkan sekuel baru ini.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Cyberpunk, sila tekan pautan ini.

Tags: Cyberpunk 2077Project OrionProjekt RED
Previous Post

Trailer Gameplay Terbaru Dead Space Membawa Pemain Meneroka USG Ishimura!

Next Post

The Witcher 4 Kini Digelar “Project Polaris”, 2 Lagi Projek Baru Diumumkan Berpusatkan Dunia Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
The Witcher 4 Kini Digelar “Project Polaris”, 2 Lagi Projek Baru Diumumkan Berpusatkan Dunia Game!

The Witcher 4 Kini Digelar "Project Polaris", 2 Lagi Projek Baru Diumumkan Berpusatkan Dunia Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd