Jika sebelum ini, kita hanya melihat video teaser dari Monsta Studio berkenaan kolaborasi mereka bersama PUBG Mobile. Kali ini, mereka telah bersedia dengan mengeluarkan video trailer baharu yang menampilkan pelbagai kosmetik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan mungkin juga terdapat mode baharu! Kolaborasi Boboiboy dan PUBG Mobile akan tiba pada 10 Oktober 2022.
Jika melihat video trailer tersebut, kita telah didedahkan dengan pelbagai kosmetik yang bakal tiba di dalam PUBG Mobile. Apa yang lebih menarik adalah pemain boleh memakai pakaian seperti Boboiboy dan Fang. Pakaian tersebut nampak sangat kemas dan cantik. Malang sekali ianya akan tiba pada awal tahun 2023.
Jadi, apa yang tersedia dalam kolaborasi 10 Oktober 2022 nanti? Korang jangan risau, mereka telah menyediakan lebih banyak koleksi seperti helmet, bag dan bermacam-macam lagi. Seperti yang kita tahu, setiap helmet dan bag akan mempunyai level yang berbeza daripada level 1 sehingga 3.
Begitu juga dengan skin yang disediakan oleh mereka nanti. Level 1 menunjukkan skin yang berbeza dan level 2 pun berbeza. Apatah lagi level 3 helmet dan beg kan. Sudah pasti reka bentuk yang jauh lebih cantik dan hebat.
Selain itu, saya merasakan yang mereka akan menambah satu mode yang direka bentuk khas untuk kolaborasi kali ini. Jika tengok pada awal video trailer, terdapat satu peta yang memaparkan setiap elemen Boboiboy daripada petir sehingga solar.
Apabila tiba di kawasan, pemain akan berebut untuk mendapatkan setiap elemen tersebut. Jadi, mungkin mode baharu akan mempertandingkan elemen dan kepada pemain yang banyak mengumpulnya akan menang. Ini hanya sekadar tanggapan dan mungkin tidak benar sama sekali.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kolaborasi Boboiboy dan PUBG Mobile akan tiba pada 10 Oktober 2022 di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan juga Hong Kong. Dengan mengeluarkan kolaborasi ini, kita boleh nampak yang Monsta Studio sedang membesarkan lagi pasarannya bukan sahaja dalam bentuk animasi tetapi juga dalam game.
Sudah tiba masanya untuk peminat-peminat Boboiboy download PUBG Mobile bagi meraikan kolaborasi ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Boboiboy, Mechamato dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post